IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PEGAWAI TADBIR DI AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA (MQA), CYBERJAYA

JAWATAN.
PEGAWAI TADBIR

TARAF JAWATAN
Kontrak untuk Perkhidmatan (Contract for Service)

IMBUHAN BULANAN
RM3,183.43

Tarikh tutup permohonan adalah pada 27 Mac 2023 (Isnin), jam 4.30 petang.




SYARAT LANTIKAN
1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
3. memiliki kelayakan ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
Memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.



SKOP / DESKRIPSI
TUGAS

Bertanggungjawab menjalankan proses dan prosedur operasi fungsi teras MQA secara cekap dan berkesan meliputi tugasan berkaitan jaminan kualiti dan pengurusan.


Bilangan Kekosongan: 2



SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1. Pemohon hendaklah membuat permohonan dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan secara atas talian di Portal Rasmi www.mqa.gov.my.

2. Pemohon tidak perlu mengemukakan salinan permohonan secara pos kepada pihak MQA dan permohonan secara pos tidak akan diterima.

3. Permohonan yang lewat, tidak lengkap dan tidak mengikut syarat lantikan akan ditolak.

4. Pemohon hendaklah menyenaraikan semua kelayakan pendidikan yang dimiliki.

5. Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan daripada tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.

6. Pentadbiran MQA tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan urusan temu duga.

7. Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan boleh menghubungi Unit Perjawatan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia di talian 03-8688 3679 atau 03-8688 3620/33712/3714. Pertanyaan berkaitan masalah teknikal boleh menghubungi talian 03-8688 1912.

8. Tarikh tutup permohonan adalah pada 27 Mac 2023 (Isnin), jam 4.30 petang.

CATATAN AM
1. Hanya calon yang berkelayakan dan memenuhi kriteria tapisan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan MQA akan dipanggil untuk temu duga.

2. Sekiranya maklumat yang diberikan didapati palsu dan bercanggah dengan maklumat pada dokumen sebenar, pihak MQA berhak membatalkan pelantikan calon.

3. Keputusan pemilihan calon oleh MQA adalah muktamad.

4. Pengambilan sebagai Pegawai Tadbir lantikan kontrak untuk perkhidmatan (Contract for Service) bukan suatu jaminan untuk diserap sebagai pegawai lantikan tetap. Sebaliknya, calon yang memenuhi syarat yang ditetapkan dalam mana- mana skim perkhidmatan hendaklah memohon semula kepada MQA melalui proses pengambilan biasa.

5. MQA merupakan agensi tunggal yang terletak di Cyberjaya, Selangor dan tidak mempunyai cawangan lain

(Visited 315 times, 21 visits today)
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Jawatan pegawai tadbir Agensi Kelayakan Malaysia " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares