Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKN Melaka) mempelawa warganegara Malaysia bagi mengisi jawatan Personel MySTEP berikut.

1. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
Kadar Upah : RM1,700.00

Tarikh tutup permohonan pada 28 MAC 2023 (SELASA) sebelum jam 12.00 tengahari.

Pengambilan : Tahun 2023

Penempatan : PTJ di bawah Jabatan Kesihatan Negeri Melaka

Syarat Lantikan
i) Warganegara Malaysia;
ii) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
iv) Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SijilPelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
v) Berpengetahuan dan mahir menggunakan komputer dan aplikasi komputer seperti Microsoft Word, Excel dan lain-lain.


Cara Memohon
Sila kemukakan resume berserta gambar berukuran pasport terkini dan juga salinan kad pengenalan, salinan sijil akademik, dokumen-dokumen sokongan dan salinan Sijil Digital Vaksinasi COVID-19 ke alamat yang berikut:

Jabatan Kesihatan Negeri Melaka Unit Sumber Manusia,
Bahagian Pengurusan
Tingkat 4, Wisma Persekutuan Jalan Business City, MITC
75450 Ayer Keroh, Melaka
Tel : 06-2356753 (u.p. : Puan Nor Aziyah binti Karha / Puan Norzarina binti Nordin)

*Setiap permohonan yang dihantar hendaklah ditanda “Personel MySTEP” berserta gelaran tugas di sebelah kiri atas setiap sampul surat.

Tarikh tutup permohonan pada 28 MAC 2023 (SELASA) sebelum jam 12.00 tengahari.

(Visited 287 times, 14 visits today)
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Pembantu Tadbir MySTEP Jabatan Kesihatan Negeri Melaka " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares