Kekosongan jawatan di Parlimen Malaysia :


Tarikh Tutup 31 Mac 2023



1. Pegawai Penyelidik Gred 48 (Terbuka)
Taraf Kontrak

2.Pegawai Tadbir Gred N41
Taraf Kontrak


3. Pegawai Penerbitan Gred N41
Taraf Kontrak

Lokasi penempatan : Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur.

Sektor : Kerajaan

Cara Memohon
1. Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.
2. Permohonan daripada Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan 17 Bab ‘A’ Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan) 2012.
3 Borang permohonan yang lengkap hendaklah disertakan dengan gambar terkini berukuran passport (tidak dikembalikan), resume, salinan MyKad, salinan sijil kelahiran, salinan kelulusan akademik, salinan sijil berhenti sekolah, jurnal/ hasil penyelidikan (wajib) dan lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan. Semua salinan dokumen tersebut hendaklah ditandatangani dan diperakui sah oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Professional (Gred 41 ke atas).

4 Borang permohonan yang lengkap perlu dihantar ke alamat seperti berikut:
KETUA PENTADBIR PARLIMEN MALAYSIA
ARAS 4, BLOK AHLI PARLIMEN DAN PENTADBIRAN
JALAN PARLIMEN, BANGUNAN PARLIMEN
50680 KUALA LUMPUR
(u.p.: Seksyen Pengurusan Sumber Manusia Dan Inovasi)

Tarikh tutup permohonan pada 31 Mac 2023 (Jumaat).

Catatan Am:

Sebarang pertanyaan boleh hubungi
1. Puan Saimunira Binti Mohd Sidek (+603-2603-6886) dan

2.Puan Faizatul Fazrin Binti Badrul Hisham (+603-2603-6883).

Muat turun
Muat turun iklan, syarat kelayakan dan borang permohonan jawatan disini

(Visited 417 times, 4 visits today)
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " 3 Jawatan Kosong Parlimen Malaysia " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares