Seksyen Pengurusan Sistem Maklumat (SPSM), Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)
sedang mencari calon berkemahiran serta bermotivasi tinggi untuk dilantik sebagai MySTEP secara kontrak dalam membantu kerja-kerja pentadbiran dan pengoperasian SPSM
1. Pembantu Tadbir
Tarikh tutup permohonan 23 Mac 2023.
Lokasi penempatan : SPSM Kuala Lumpur.
1. Pembantu Tadbir
Status : MySTEP
Tempoh Kontrak : 01 April 2023 – 31 Disember 2023.
Kadar Gaji : RM1,700.00 sebulan (termasuk bayaran KWSP dan PERKESO)
Kelayakan Minimum
1. Warganegara Malaysia;
2. Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf;
3. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun;
4. Mempunyai kemahiran dalam MS Office (MS Word, MS Excel, dan MS Power Point);
5. Pengalaman dalam pengurusan rekod dan fail (data entry, data cleansing, record filing terutama pelupusan fail dan lain-lain yang berkaitan;
6. Berinisiatif, rajin, berdikari, terbuka menerima teguran, kemahiran komunikasi yang baik, menepati masa dan bersedia belajar perkara baharu;
7. Mempunyai minat dalam menguruskan mesyuarat, bengkel, kursus, program dan lain-lain berkaitan; dan
8. Sihat tubuh badan.
Deskripsi Tugas
1. Membantu dalam melakukan kerja-kerja pelupusan, fail operasi SPSM yang melibatkan tugasan berikut:
a) Mengenalpasti fail-fail yang perlu dilupuskan;
b) Menyusun fail-fail yang telah dikenalpasti untuk dilupuskan mengikut tahun;
c) Merekodkan fail-fail yang telah disusun ke dalam Borang Pelupusan;
d) Membantu menyediakan pelaporan akhir pelupusan untuk dihantar kepada pihak Arkib Negara;
e) Membantu melupuskan fail-fail yang telah diberi kelulusan lupus oleh pihak Arkib Negara.
2. Membantu kerja-kerja pengoperasian (persediaan mesyuarat, penyediaan dokumen, tempahan makanan dan lain-lain keperluan berkaitan);
3. Memantau sistem dalaman SPSM (eHadir & Sistem Tempahan Bilik); dan
4. Membantu lain-lain urusan berdasarkan arahan SPSM dari semasa ke semasa.
Permohonan
Sekiranya memenuhi syarat dan kriteria yang dinyatakan, anda boleh menghubungi pihak SPSM melalui e-mel mystepict@jupem.gov.my dan no telefon -03-26170631 dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut:
i. *Resume lengkap; dan
ii. Salinan Kad Pengenalan;
*Pengalaman berkhidmat dalam mana-mana Kementerian\ Jabatan\ agensi Kerajaan akan diberikan keutamaan.
Tarikh tutup permohonan permohonan adalah pada 23 Mac 2023 (Khamis).

Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " Pembantu Tadbir diperlukan JUPEM 2023 " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.