Sempena sambutan Peringatan Hari Polis Ke-216, sukacita dimaklumkan pihak Polis Diraja Malaysia telah menawarkan diskaun saman trafik sehingga 60%.
Walaubagaimanapun diskaun berkenaan tidak termasuk
1) Saman melibatkan kemalangan
2) Saman bicara mahkamah
Kategori ‘TIDAK BOLEH KOMPAUN’
3)Memotong secara berbahaya
4)Menggunakan lorong kecemasan
5) Tidak patuh isyarat lampu merah
6) Kesalahan berkaitan kenderaan berat (lori)
7) Memotong garisan berkembar
8) Pengubahsuaian ekzos kenderaan
9) Saman berstatus ‘Op Selamat’
Tempoh tawaran diskaun ini bermula pada 20 Mac 2023 dan akan berakhir pada 31 Mac 2023
Pembayaran boleh dibuat di semua Kaunter-kaunter Bayaran Saman Trafik di peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah, bermula jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang (hari bekerja sahaja)
Saman trafik boleh juga dijelaskan melalui kaedah berikut
1) Memuat turun (download) aplikasi ‘MyBayar Saman’ di Google Playstore atau Apple App Store
2) Membuat pembayaran secara dalam talian (online) menggunakan kad kredit atau kad debit
Status saman boleh disemak menggunakan perkhidmatan digital, MyBayar Saman.
Muat turun aplikasi MyBayar Saman melalui Google Playstore atau Apple App Store, atau anda boleh juga layari https://mybayar.rmp.gov.my untuk menyemak status saman anda.

Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Diskaun Saman Kesalahan Trafik PDRM sehingga 60% " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.