Kemaskini STR 2023: Maklumat Bantuan Tunai Rahmah
LHDN memaklumkan semua pemegang akaun Bantuan Tunai Rahmah perlu membuat kemaskini segera sebelum 31 Mac 2023.

Maklumat asas pemohon mungkin perlu dikemaskini seperti:
1. Nombor telefon bimbit
2. Pekerjaan
3. Pendapatan Kasar Bulanan Isi 4. Rumah (Pemohon & Pasangan)
5. Status Perkahwinan
6. Alamat terkini
7. Nama Bank
8. No Akaun Bank
9. Alamat email
10. Maklumat pasangan
11. Maklumat anak
12. Maklumat wakil
Tempoh Kemaskini STR

1) Kemaskini secara dalam talian 01 Mac 2023 – 31 Mac 2023
2) Kaedah borang kertas mulai 08 Mac 2023 – 31 Mac 2023
Semakan Status Terkini STR
Sekiranya semakan status dibuat dan didapati permohonan anda tidak wujud di Portal STR, anda perlu membuat permohonan baharu.

Anda boleh menyemak status permohonan, mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan STR melalui saluran berikut:
1) Portal Rasmi STR LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
2) Semakan secara Aplikasi Mobile Sumbangan Tunai Rahmah; atau
3) Hubungi Hotline BKK LHDNM: 1-800-88-2747 iv. Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566(Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);
Hadir sendiri ke Pejabat LHDNM / PS / UTC.
Siapa yang sewajarnya membuat kemaskini?
1) Penerima bantuan tunai yang tidak mengemaskini permohonan tiga tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BSH 2020, BPR 2021 dan BKM 2022
2) Penerima STR Fasa 1 yang mempunyai perubahan maklumat terkini
Penerima STR Fasa 1 yang tiada sebarang perubahan maklumat, tidak perlu kemas kini permohonan sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat
Walaubagaimana pun sekiranya anda tidak membuat kemas kini, permohonan STR anda akan diproses berdasarkan rekod maklumat rekod Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022.
Kaedah Kemas Kini Maklumat
1) Kemaskini secara dalam talian di Portal Rasmi STR Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), https://bantuantunai.hasil.gov.my ; atau
2) Penghantaran borang kemas kini maklumat Permohonan STR 2023 di LHDNM Negeri / Pejabat Satelit (PS) / Urban Transformation centre (UTC) yang berhampiran.
Cara Kemas Kini Maklumat Melalui kaedah internet
1) Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 https://bantuantunai.hasil.gov.my/
2) Klik butang Log Masuk bagi membuat Kemas Kini Permohonan.
.
3) Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan. Jika masih belum mendaftar, sila rujuk panduan pengguna – Daftar MySTR 2023
4) Klik butang Kemas Kini Permohonan setelah berjaya log masuk MySTR.
5)Lengkapkan maklumat yang diperlukan
6) Klik butang Teruskan setelah semua maklumat diisi dengan lengkap
7) Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang SAHKAN CAPTCHA
8)Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan.
9) Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat.
10) Klik butang kotak kecil untuk kemaskini.
Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan. Pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.
Sila rujuk panduan berikut untuk lebih jelas
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Kemaskini Sumbangan TUNAI RAHMAH 2023 sebelum 31 Mac 2023 " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.