Jawatan Penolong Eksekutif Geopark Langkawi

0
792

Sila baca sepenuhnya. Jangan hanya baca setakat tajuk sahaja


Tarikh Tutup Iklan 15 Mei 2023 (Isnin)

Majikan LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWI

IKLAN PENGAMBILAN PEKERJA
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan.

1. BUTIRAN JAWATAN

Jawatan
Penolong Eksekutif (Geopark)
(1 jawatan) – Contract For Service

Kadar Upah
RM2,200.00 Sebulan

Syarat Lantikan
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

Kelayakan
Akademik
1. Ijazah Sarjana Muda Sains Kepujian dalam bidang Kaji Bumi, Geofizik, Fizik (Geofizik), Kaji Bumi (Geofizik) atau Kimia yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

2. Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu dalam peperiksaan tersebut.



Deskripsi Tugas Utama
Merancang dan melaksanakantugas utama berkaitan warisan geologi Langkawi yang merangkumi penyelidikan secara berterusan bagi memastikan kelestarian sumber selaras dengan konsep pembangunan lestari yang diterima pakai oleh Geopark.

Geopark Langkawi

Menyelaras dan melaksanakan inisiatif dan program bagi memastikan Langkawi mengekalkan status “green card” bagi Penilaian Semula Status Langkawi UNESCO Global Geopark.


2. CARA MEMOHON

Borang permohonan diSINI



a) Borang permohonan yang telah siap diisi hendaklah disertakan dengan salinan sepertiberikut:
(i) Kad Pengenalan;
(ii) Sijil Kelahiran;
(iii) Sijil Berhenti Sekolah;
(iv) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); dan
(v) Sijil Akademik berkaitan.

b) Setiap permohonan yang dihantar hendaklah ditulis (PENOLONG EKSEKUTIF GEOPARK) di sebelah kiri sampul.

Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh menghubungi talian 04-9600600.

Permohonan yang telah lengkap diisi serta ditandatangani hendaklah dikemukakan ke alamat seperti di bawah:

Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Pembangunan Langkawi
Tingkat 3, Kompleks LADA
Jalan Persiaran Putra
07000 Kuah, Langkawi
KEDAH DARUL AMAN
(u.p. Bahagian Sumber Manusia & Khidmat Pengurusan)
ATAU

c) Borang permohonan yang lengkap juga boleh dikemukakan melalui e-mel hrsupport@lada.gov.my dan disertakan sijil-sijil kelayakan akademik.

Iklan Asal:

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. Maklumat ini [ Jawatan Penolong Eksekutif Geopark Langkawi ] dan sementara kami berusaha untuk memastikan maklumat terkini dan betul, kami tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, nyata atau tersirat, tentang kesempurnaan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan dengan menghormati laman web atau maklumat, produk, perkhidmatan, atau grafik berkaitan yang terkandung pada siaran untuk sebarang tujuan.