Jawatan Juruteknik Komputer Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

0
216

Sila baca sepenuhnya. Jangan hanya baca setakat tajuk sahaja


Tarikh Tutup 19 Mei 2023 (Jumaat) sebelum jam 5.00 petang.


IKLAN JAWATAN KOSONG
Permohonan adalah dipelawa daripada calon yang memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan di bawah bagi mengisi jawatan berikut:-

1. a)Jawatan : Juruteknik Komputer

b) Setara Gred : Gred 19

c) Jabatan : Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

d) Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana

e) Klasifikasi Perkhidmatan : Sistem Maklumat


2. Jadual Gaji : RM1,377.00 dan Elaun Khas


3. Syarat Lantikan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

i. Warganegara Malaysia;

ii. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

iv. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

4. Syarat-syarat Tambahan Lantikan
i. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki sijil dalam bidang TEKNOLOGI MAKLUMAT atau PEMPROSESAN DATA yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Kolej Komuniti Tempatan / Politeknik Tempatan / Kolej-Kolej
Swasta (IPTS) atau kelulusan setaraf denganya; ATAU


ii. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki sijil dalam bidang KEJURUTERAAN KOMPUTER yang diiktiraf oleh Kerajaandaripada Kolej Komuniti Tempatan / Politeknik Tempatan / Kolej-Kolej Swasta (IPTS) atau
kelulusan setaraf denganya.


5.Taraf Jawatan : Kontrak (Contract For Service)


6. Penaklukan Di Bawah Syarat-syarat
Kontrak selama satu (1) tahun seperti mana yang telah dipersetujui di dalam perjanjian kontrak dan tertakluk kepada keputusan Kerajaan Negeri bagi penyambungan kontrak.


7. Deskripsi Tugas :
Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas adalah seperti berikut :
i. Melaksanakan tugas-tugas merangkumi penyelenggaraan sistem komputer seperti penyelenggaraan pencegahan dan penyelenggaraan kelengkapan ICT serta tugas-tugas penyelenggaraan aplikasi pengkomputeran dan operasi sistem di jabatan.

ii. Membantu mengenal pasti dan menyelesaikan masalah berkaitan dengan perkakasan, rangkaian, sistem pengoperasian dan perisian komputer di jabatan.

iii. Melakukan pemeriksaan terhadap perkakasan Sistem iSPEKS di Data
Centre (DC) dan Data Recovery Centre (DRC) Negeri secara berkala.

iv. Membantu mengawalselia kerja-kerjapenyelenggaraan perkakasan ICT dan
Sistem iSPEKS oleh pihak vendor.

v. Membantu memastikan semua kakitangan di jabatan mematuhi garis panduan (DKICT) dan tatacara penggunaan komputer.

vi. Membantu memastikan kawalan akses, keselamatan dan persekitaran di bilik server dan rangkaian jabatan dipatuhi dan berada di tahap yang memuaskan.

vii. Melakukan kerka-kerja baik pulih dan penyelenggaraan komputer yang rosak, proses backup dan replikasi maklumat serta bebas virus.

8. Permohonan
Permohonan hendaklah mengemukakan Resume pemohon melalui emel
hrsukperlis01@gmail.com atau dihantar terus kealamat seperti berikut :
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
Aras 2, Blok B Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis Persiaran Wawasan
01000 Kangar
Perlis

Calon yang layak dan memenuhi syarat sahaja akan dipanggil untuk temuduga pada tarikh yang akan ditentukan kelak. Sebarang pertanyaan lanjut boleh
menghubungi pihak urusetia di talian 04-9738934 atau 04-9738862.


9. Tarikh Tutup Permohonan
Pada 19 Mei 2023 (Jumaat) sebelum jam 5.00 petang.

Iklan asal

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. Maklumat ini [ Jawatan Juruteknik Komputer Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis ] dan sementara kami berusaha untuk memastikan maklumat terkini dan betul, kami tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, nyata atau tersirat, tentang kesempurnaan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan dengan menghormati laman web atau maklumat, produk, perkhidmatan, atau grafik berkaitan yang terkandung pada siaran untuk sebarang tujuan.