Sila baca sepenuhnya. Jangan hanya baca setakat tajuk sahaja
Tarikh tutup permohonan adalah pada 12 Mei 2023 (Jumaat).
PENGAMBILAN
PERSONEL MYSTEP
DI KEMENTERIAN LUAR NEGERI (KLN)
Bahagian Inspektorat di Kementerian Luar Negeri ingin mempelawa warganegara
Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi segera kekosongan jawatan Personel MySTEP seperti berikut:
JAWATAN: Personel MySTEP
KELAYAKAN AKADEMIK: Ijazah Sarjana Muda
GRED/ BERTARAF: Gred 41 (Kontrak – MySTEP)
KADAR UPAH: RM2,100 (termasuk caruman KWSP dan
PERKESO)
TEMPAT BERTUGAS
Bahagian Inspektorat Kementerian Luar Negeri
Wisma Putra
No.1, Jalan Wisma Putra, Presint 2
62602 PUTRAJAYA
SYARAT KELAYAKAN
Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut:
a) Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun;
b) Berminat meningkatkan ilmu dan kemahiran diri;
c) Mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan bertanggungjawab;
d) Memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM);
e) Berkebolehan dan lancar berbahasa Melayu dan Inggeris;
f) Berkebolehan mengendalikan aplikasi Microsoft Office; dan
g) Boleh bekerja di bawah pengawasan minimum dan menyiapkan tugasan
dalam tempoh masa yang ditetapkan.
CARA MEMOHON
Kemukakan resume beserta gambar berwarna terkini berukuran paspot, salinan kad pengenalan dengan ukuran sebenar serta salinan sijil tamat
pengajian dan salinan transkrip ke
inspektorat@kln.gov.my.
Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga.
Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 1 BULAN daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.

Penafian
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. Maklumat ini [ Jawatan Personel MySTEP Kementerian Luar Negeri ] dan sementara kami berusaha untuk memastikan maklumat terkini dan betul, kami tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, nyata atau tersirat, tentang kesempurnaan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan dengan menghormati laman web atau maklumat, produk, perkhidmatan, atau grafik berkaitan yang terkandung pada siaran untuk sebarang tujuan.