Jawatan Penolong Pegawai Pertanian Kolej Pertanian Malaysia

0
1419

Sila baca sepenuhnya. Jangan hanya baca setakat tajuk sahaja


Tarikh Tutup 15 Mei 2023 12:01 Tengahari

IKLAN PENGISIAN KEKOSONGAN PERJAWATAN SECARA KONTRAK
DI KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan perjawatan secara KONTRAK seperti berikut:

JAWATAN: PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN

GRED: G29

TARAF JAWATAN: KONTRAK


JADUAL GAJI
MINIMUM:RM 1,494.00
MAKSIMUM:RM 5,674.00


KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN: RM 145.00

BIL. KEKOSONGAN: TIGA (3)

TEMPAT KEKOSONGAN: KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA



1. SYARAT LANTIKAN :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
warganegara Malaysia; dan
berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

i. Sijil Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi latihan tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM1,494.00) atau



ii. Diploma dalam bidang pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setarafvdengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM1,847.86) atau

Memenuhi syarat pelantikan yang ditetapkan untuk jawatan kontrak; dan Mempunyai kompetensi dan pengetahuan kerja yang sesuai dengan bidang tugas di jawatan kontrak.

CARA MEMOHON :
i. Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang BP.COS



Borang permohonan yang lengkap hendaklah disertakan dengan dokumenvsokongan berkaitan yang disahkan dan dikemukakan kepada:-
Pengarah
Kolej Pertanian Malaysia
Bukit Tangga
06050 Bukit Kayu Hitam
Kedah


Tarikh Permohonan Dibuka :
Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan ke alamat di atas atau melalui email: kpm.kedah@gmail.com

mulai 2 Mei 2023 hingga 15 Mei 2023 jam 12.00 tengahari.


PERTANYAAN :
Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini sila hubungi:-

(i) Puan Siti Masturah binti Mohd Nasir

(ii)Encik Muhamad Faizal bin Yusof

No. Telefon: 04-9229008/009

Email: kpm.kedah@gmail.com

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. Maklumat ini [ Jawatan Penolong Pegawai Pertanian Kolej Pertanian Malaysia ] dan sementara kami berusaha untuk memastikan maklumat terkini dan betul, kami tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, nyata atau tersirat, tentang kesempurnaan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan dengan menghormati laman web atau maklumat, produk, perkhidmatan, atau grafik berkaitan yang terkandung pada siaran untuk sebarang tujuan.