Jawatan Tukang Masak di Tadika Tunas UKM (Segera)

0
698

Sila baca sepenuhnya. Jangan hanya baca setakat tajuk sahaja


Tarikh tutup permohonan dilanjutkan sehingga : 12 Mei 2023(Jumaat)

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN )

Pihak Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk berkhidmat di Fakulti Pendidikan bagi jawatan seperti berikut:

TUKANG MASAK DI TADIKA TUNAS UKM
(PENGAMBILAN SEGERA

Taraf Jawatan:Kontrak

Gaji Pokok:RM 1500.00 (Sebulan)

Keterangan 6 bulan (Tempoh Percubaan)

Syarat Lantikan:
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia

(b) Berumur antara 18 hingga 50 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) Mempunyai Sijil SPM yang diiktiraf oleh Kerajaan.


Kriteria Pemilihan:
1. Berpengalaman dalam pengendalian makanan iaitu tukang masak.
2. Boleh bekerja secara individu dan berkumpulan serta menjalankan tugasan lain seperti yang diarahkan
ketua dari semasa ke semasa.
3. Bersedia menerima arahan kerja lebih masa sekiranya diperlukan.
4. Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai Sijil Pengendalian Makanan dan telah
mengambil Vaksin Typhoid.


Skop Kerja:
1. Bertanggungjawab menyediakan bahan untuk memasak dan menghidang makanan.
2. Bertanggungjawab menyediakan makanan murid mengikut menu yang telah ditetapkan
3. Bertanggungjawab memastikan semua peralatan dapur termasuk peralatan hidangan dan ruang
penyediaan makanan adalah bersih,kemas dan teratur.
4. Bertanggungjawab menyediakan senarai dan menguruskan pembelliaan barang kering dan basah
setiap minggu.
5. Melaksanakan pemeriksaan berkala stok bahan kering dan basah.


Cara memohon:

1. Pemohon yang berminat hendaklah mengemukakan resume lengkap, salinan kad
pengenalan, salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan salinan Sijil Penyediaan Makanan
berkaitan.

Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan secara emel kepada tunas@ukm.edu

2. Calon-calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk ujian/temuduga.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. Maklumat ini [ Jawatan Tukang Masak di Tadika Tunas UKM (Segera) ] dan sementara kami berusaha untuk memastikan maklumat terkini dan betul, kami tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, nyata atau tersirat, tentang kesempurnaan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan dengan menghormati laman web atau maklumat, produk, perkhidmatan, atau grafik berkaitan yang terkandung pada siaran untuk sebarang tujuan.