Jawatan PEGAWAI BOMBA BANTUAN(PBB), JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI SABAH

Sila baca sepenuhnya. Jangan hanya baca setakat tajuk sahaja


19 Mei 2023 (05:00 PM)


IKLAN MENYERTAI PEGAWAI BOMBA BANTUAN(PBB), JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI SABAH SIRI 2/2023

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun dan ke atas pada Tarikh iklan ditutup dipelawa untuk memohon jawatan seperti berikut :-
1. Jawatan :
Pegawai Bomba Bantuan (PBB)
2. Nama Balai :
2.1 Balai Bomba Dan Penyelamat Merotai (Balai Baru)
2.2 Balai Bomba Dan Penyelamat Nabawan (Balai Baru)
2.3 Balai Bomba Dan Penyelamat Pitas (Balai Baru)

3. Elaun :
Elaun Pegawai Bomba Bantuan
Elaun Bertugas RM8.00/jam
Elaun Bounty
Elaun Penyelenggaraan Pakaian

4. Syarat Lantikan :
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memikili kelayakan seperti berikut :-
Warganegara Malaysia;
Bukan anggota Angkatan Tentera Malaysia atau mana-mana angkatan atau skim sukarela yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang betulis;
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan dan tidak melebihi 35 tahun ;
Penilaian Menengah Rendah (PMR) / Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) atau kelayakan tertentu yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) atau Ketua Pengarah;
Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut :-
Tinggi sekurang-kurangnya 157cm bagi lelaki dan 153cm bagi wanita tanpa bersepatu;
Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
Mempunyai penglihatan yang baik;
Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar;
Lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah dari semasa ke semasa;

5. Notis Kebenaran daripada Majikan :
Bagi calon yang bekerja, dapatkan kelulusan daripada majikan dengan mengisi Notis Kebenaran daripada Majikan untuk Menyertai Pegawai Bomba Bantuan – Borang PBB 4 yang boleh didapati di laman web Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia www.bomba.gov.my.

6. Cara Memohon :
Permohonan hendaklah menggunakan Borang PBB 3 yang boleh didapati dari Balai Bomba dan Penyelamat berdekatan dan di dalam laman web Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia www.bomba.gov.my.

Semua pemohon wajib melengkapkan Borang PBB3 dan disertakan dokumen yang disahkan berikut:
Satu (1) keping gambar terbaru berukuran pasport,
Salinan Sijil Kelahiran dan Salinan Kad Pengenalan
Salinan sijil PMR / PT3 dan SPM
Dokumen-dokumen / sijil-sijil kemahiran, Kecemerlangan atau sukan yang berkaitan.

7. Alamat Permohonan dan tarikh tutup :
Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada :-
Balai Bomba Dan Penyelamat Daerah terdekat atau ;
Hantar / Pos ke ;

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah
Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jalan Lintas
88990 Kota Kinabalu, Sabah

Tarikh tutup permohonan :
19 Mei 2023 (05:00 PM)

Borang Permohonan (PBB 3)

| Borang PBB 4 ( Notis Kebenaran Majikan)

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. Maklumat ini [ Jawatan PEGAWAI BOMBA BANTUAN(PBB), JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI SABAH ] dan sementara kami berusaha untuk memastikan maklumat terkini dan betul, kami tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, nyata atau tersirat, tentang kesempurnaan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan dengan menghormati laman web atau maklumat, produk, perkhidmatan, atau grafik berkaitan yang terkandung pada siaran untuk sebarang tujuan.

Scroll to Top