Jawatan Pembantu Penyelidik Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

0
382

Sila baca sepenuhnya. Jangan hanya baca setakat tajuk sahaja


Tarikh Tutup: 12 Mei 2023 jam 4.31 petang.

Jawatan: Pembantu Penyelidik (Kontrak)

Perpustakaan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), memerlukan seorang Pembantu Penyelidik (Kontrak) bagi tujuan menjalankan kerja-kerja pengumpulan data koleksi Etika di Perpustakaan IKIM khususnya koleksi dalam Bahasa Arab dan Elektronik dalam usaha memperkukuhkan pembangunan koleksi Etika di IKIM.

Butiran adalah seperti berikut:


Jawatan : Pembantu Penyelidik (Kontrak)

Penempatan : Perpustakaan IKIM

Taraf Jawatan
: Kontrak (12 bulan)

Elaun : RM2,000.00 – RM2,500.00 (bergantung kepada kelulusan akademik)

Kemahiran yang diperlukan
i. Kemahiran bahasa (Arab, Inggeris, dan lain-lain);
ii. Kefahaman mengenai ilmu Akhlak / Etika;
iii. Celik ICT (media sosial, internet, aplikasi spreadsheet, dan lain-lain);
iv. Calon yang turut mempunyai latar belakang akademik (atau pengalaman kerja) dalam bidang sains perpustakaan/pengurusan maklumat mempunyai kelebihan.
v. Calon yang mempunyai ijazah sarjana (MA) turut mempunyai kelebihan.

Tugas dan tanggungjawab
i. Mengenal pasti koleksi buku-buku Etika yang telah dimiliki oleh Perpustakaan IKIM, dalam bentuk bahan elektronik (e-book dan e-journal);
ii. Menyenaraikan koleksi buku-buku Etika dalam Bahasa Arab yang telah dimiliki oleh Perpustakaan IKIM;
iii. Memuat naik senarai koleksi Etika Perpustakaan IKIM ke dalam IKIM Digital Asset Management (IDAM);
iv. Membantu dalam penyediaan video KTI;
v. Mengkatalogkan bahan perpustakaan (Koleksi Etika/Buku Bahasa Arab);
vi. Membantu dalam aktiviti promosi Koleksi Etika & KTI;
vii. Membantu Felow Kehormat IKIM berkaitan KTI khasnya dan koleksi perpustakaan IKIM amnya; dan
viii. Tugas-tugas lain yang berkenaan yang diminta oleh pihak IKIM dari semasa ke semasa.

Cara Permohonan
(a) Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan, keterangan peribadi dan latar belakang kerjaya diri yang lengkap (resume/curriculum vitae) mengenai kelayakan dan pengalaman, salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir, nombor telefon untuk dihubungi dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) kepada:

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) 2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim, 50480 KUALA LUMPUR (u.p.: Unit Modal Insan) Tel: 03-62046374

(b) Salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir hendaklah disahkan terlebih dahulu.

(c) Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di penjuru kiri sampul surat.
(d) Permohonan hendaklah sampai ke IKIM sebelum atau selewat-lewatnya pada 12 Mei 2023 jam 4.30 petang.
(e) Permohonan yang tidak dilengkapi dengan dokumen-dokumen yang diperlukan tidak akan diproses.
Calon-calon yang melepasi tapisan dan terpilih sahaja akan dipanggil temuduga. Permohonan calon dianggap GAGAL sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas daripada IKIM tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. Maklumat ini [ Jawatan Pembantu Penyelidik Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ] dan sementara kami berusaha untuk memastikan maklumat terkini dan betul, kami tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, nyata atau tersirat, tentang kesempurnaan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan dengan menghormati laman web atau maklumat, produk, perkhidmatan, atau grafik berkaitan yang terkandung pada siaran untuk sebarang tujuan.