Sila baca sepenuhnya. Jangan hanya baca setakat tajuk sahaja
IKLAN PENGAMBILAN
1. PERSONEL SHORT-TERM EMPLOYMENT PROGRAM (MySTEP) 2023
Pusat Khidmat Kontraktor, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi satu (1) jawatan kontrak di bawah Personel Short Term Employment Program (MySTEP)
bagi tahun 2023 seperti berikut:
Jawatan: Personel MySTEP
Gaji: RM 1,700.00
Tempoh: 7 bulan
Kemudahan: Cuti Rehat, Cuti Sakit, Caruman KWSP dan Caruman PERKESO
Penempatan: Ibu Pejabat Pusat Khidmat Kontraktor (PKK)
2. SYARAT LANTIKAN
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. Warganegara Malaysia;
b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c. Kelayakan Akademik seperti berikut:
i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
ii) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
iii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
iv) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
3. DESKRIPSI TUGAS
3.1 Bertanggungjawab menguruskan aduan-aduan dan khidmat sokongan teknikal berkaitan Information and Communications Technology (ICT) diperingkat Ibu Pejabat dan Cawangan Negeri.
3.2 Bertanggungjawab dalam membantu urusan berkaitan aset sewaan ICT;
3.3 Membantu melaksanakan urusan berkaitan hal ehwal pentadbiran termasuk
pengurusan majlis, rekod fail dan lain-lain berkaitan;
3.4 Membantu mengemaskini kerja berkaitan aset dan stor; dan
3.5 Melaksanakan lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.
4. CARA MEMOHON
Bagi calon yang berminat hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen seperti
berikut sebelum 12 Mei 2023 (Jumaat) ke alamat dibawah:
a. Resume terkini beserta gambar bewarna ; dan
b. Salinan Sijil berkaitan (SPM/STPM/DIPLOMA)
Pusat Khidmat Kontraktor
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Aras 5, Blok Menara , Menara Usahawan
No.18, Persiaran Perdana, Presint 2
62650 Putrajaya
(U.p: Seksyen Pentadbiran, Perkhidmatan dan Aset)
Atau emelkan permohonan kepada pegawai berikut:
• nisa.hamdan@kuskop.gov.my
• nurulainakz@kuskop.gov.my
5. CATATAN
a. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk
temuduga;
b. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang pemakluman satu bulan
selepas tarikh tutup, maka permohonan dianggap tidak berjaya.
6. PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan berhubung iklan ini boleh merujuk kepada pegawai berikut:
Nama : Pn. Nurul Ain binti Ahmad Kamarul Zaman
No. Tel : 03-88805311
Emel : nurulainakz@kuskop.gov.my

Penafian
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. Maklumat ini [ Jawatan Personel MySTEP Ibu Pejabat Pusat Khidmat Kontraktor ] dan sementara kami berusaha untuk memastikan maklumat terkini dan betul, kami tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, nyata atau tersirat, tentang kesempurnaan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan dengan menghormati laman web atau maklumat, produk, perkhidmatan, atau grafik berkaitan yang terkandung pada siaran untuk sebarang tujuan.