Sila baca sepenuhnya. Jangan hanya baca setakat tajuk sahaja
Tarikh tutup 12 Mei 2023
IKLAN PENGAMBILAN
PERSONEL SHORT-TERM EMPLOYMENT PROGRAM (MySTEP) 2023
Pusat Khidmat Kontraktor, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi satu (1) jawatan kontrak di bawah Personel Short Term Employment Program (MySTEP) bagitahun 2023
seperti berikut:
Jawatan : Personel MySTEP
Gaji : RM 1,700.00
Tempoh : 7 bulan
Kemudahan : Cuti Rehat, Cuti Sakit, Caruman KWSP dan Caruman PERKESO
Penempatan : Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) Cawangan Negeri Perak
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
Maklumat terperinci mengenai jawatan ini dan Syarat-Syarat Kelayakan Lantikan dan
Perkhidmatan adalah seperti berikut:
SYARAT LANTIKAN
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. Warganegara Malaysia;
b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c. Kelayakan Akademik seperti berikut:
i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
iii) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Syarat Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia
atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
DESKRIPSI TUGAS
i) Bertanggungjawab dalam mengendalikan semua panggilan telefon, melayani pelanggan / tetamu yang berurusan di kaunter pejabat;
ii) Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di pejabat (menyediakan kad perakam waktu, membantu dalam mendaftar surat-menyurat dan tugas-tugas pentadbiran, membantu dalam dokumen pengurusan aset/ stor);
iii) Membantu dalam semakan permohonan G1 dan mencetak dokumen;
iv) Membantu dalam penyediaan kursus kontraktor;
v) Membantu dalam pengasingandan penyediaan rekod lawatan STB mengikut daerah;
vi) Membantu dalam pengumpulan maklumat bagi penyediaan laporan bulanan STB & MOF
CARA MEMOHON
Bagi calon yang berminat hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut
sebelum 12 Mei 2023 (Jumaat) ke alamat dibawah:
a) Resume terkini beserta gambar bewarna ; dan
b) Salinan Sijil berkaitan (SPM/STPM/DIPLOMA)
Pusat Khidmat Kontraktor
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Aras 5, Blok Menara , Menara Usahawan
No.18, Persiaran Perdana
Presint 2
62650 Putrajaya
(U.p: Seksyen Pentadbiran, Perkhidmatan dan Aset)
Atau emelkan permohonan kepada pegawai berikut:
• nisa.hamdan@kuskop.gov.my
• nurulainakz@kuskop.gov.my
Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang pemakluman satu bulan selepas tarikh tutup maka permohonan dianggap tidak berjaya.
PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan berhubung iklan ini boleh merujuk kepada pegawai berikut:
Nama : Pn. Nurul Ain binti Ahmad Kamarul Zaman
No. Tel : 03-88805311
Emel : nurulainakz@kuskop.gov.my

Iklan Asal
Penafian
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. Maklumat ini [ Jawatan Personel MySTEP Pusat Khidmat Kontraktor Perak ] dan sementara kami berusaha untuk memastikan maklumat terkini dan betul, kami tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, nyata atau tersirat, tentang kesempurnaan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan dengan menghormati laman web atau maklumat, produk, perkhidmatan, atau grafik berkaitan yang terkandung pada siaran untuk sebarang tujuan.