JAWATAN KOSONG
Eksekutif Kanan Syarikat Menteri Besar Di Perbadankan

0
793

Sila baca sepenuhnya. Jangan hanya baca setakat tajuk sahaja


Penempatan: Jabatan Setiausaha Syarikat Menteri Besar Selangor diPerbadankan

Tarikh Tutup 19 Mei 2023

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan, terdiri daripada pemohon atau ibu/bapa pemohon yang dilahirkan di Negeri Selangor yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Menteri Besar Selangor diPerbadankan seperti berikut;

EKSEKUTIF KANAN, JABATAN SETIAUSAHA SYARIKAT

Ringkasan Tugasan:
• Membantu memberi perkhidmatan kesetiausahaan kepada Ahli Lembaga Pengarah MBI dan Ahli Jawatankuasa MBI dan menyimpan rekod/dokumen berkanun Kumpulan MBL.

• Membantu memastikan piawaian pematuhan yang tinggi berdasarkan kepada penambahbaikan terkini Malaysian Code On Corporate Governance 2021 (“MCCG 2017”), perubahan dalam kerangka undang-undang dan peraturan serta amalan terbaik.

• Pelaksanaan mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Lembaga Pengarah mengikut masa yang ditetapkan dan pada bila-bila masa yang ditentukan oleh Ahli Lembaga Pengarah termasuk menyediakan draf agenda, menghadiri, memastikan kelancaran dan keberkesanan mesyuarat, merekodkan prosiding dan keputusan mesyuarat serta memastikan draf minit mesyuarat disiapkan mengikut masa yang ditetapkan.

• Membantu memastikan agar pengeluaran jawapan kepada Soalan Dewan Undangan Negeri Selangor pada masa yang ditetapkan.


Syarat Kelayakan:

•Sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda atau yang setaraf (keutamaan diberikan kepada bidang Pentadbiran Korporat).

• Setiausaha Syarikat Berlesen seperti yang termaktub di bawah Seksyen 235(2), Akta Syarikat 2016.

•Berpengalaman sekurang-kurangnya selama dua (2) tahun dalam bidang Kesetiausahaan Syarikat.


Resume Permohonan boleh dihantar melalui e-mel ke alamat

recruitment.hr@mbiselangor.com.my sebelum 19 Mei 2023.

Hanya calon-calon yang layak selepas disenerai pendek sahaja akan dihubungi selepas sesi temuduga.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. Maklumat ini [ JAWATAN KOSONG
Eksekutif Kanan Syarikat Menteri Besar Di Perbadankan ] dan sementara kami berusaha untuk memastikan maklumat terkini dan betul, kami tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, nyata atau tersirat, tentang kesempurnaan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan dengan menghormati laman web atau maklumat, produk, perkhidmatan, atau grafik berkaitan yang terkandung pada siaran untuk sebarang tujuan.