Info

Cara mudah rawat Ulser mulut

This post has already been read 1942 times!

Ulser mulut

Pengenalan Ulser Mulut

Pernahkah anda merasa perit dan sakit di bahagian dalam pipi atau di bawah bibir?

 

Apabila anda memeriksa dengan menggunakan cermin muka, anda akan melihat satu tompokan putih.

Ibu akan menasihatkan supaya anda meletakkan secubit garam pada bahagian itu supaya ia cepat sembuh.

Tompokan putih itu ialah sejenis kudis yang terdapat di dalam bahagian lembut mulut kita.

Tompokan itu dinamakan ulser mulut. Selain bahagian pipi, lidah juga mudah mendapat ulser.

Rasa sakitnya menyebabkan anda hilang selera untuk mengambil makanan atau minuman panas. Malahan sukar untuk bertutur.

Ulser mulut sebenarnya merupakan tindak balas terhadap jangkitan bakteria, virus atau fungus.

 

    Punca Ulser Mulut

Ulser boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengenal umur. selain jangkitan bakteria atau fungus, ulser juga boleh disebabkan kerana kecederaan fizikal seperti tergigit bibir atau lidah, terkena dawai alat ortodontik dan sebagainya.

Ulser juga boleh timbul kerana kekurangan zat makanan, tekanan, kurang rehat atau tidur dan keadaan mulut yang kotor.

Rawatan tertentu seperti rawatan sinar X atau ubat kimia khas (kemotherapi) terutama kepada penyakit kanser boleh menyebabkan terjadinya ulser mulut.

Rawatan

Ulser mulut yang tidak serius kurang merasa sakit dan akan sembuh dalam tempoh satu hingga dua minggu selepas mendapat rawatan.

Ulser boleh dirawat dengan

1) Memakan buah epal hijau sebanyak 1 biji. Makan perlahan lahan kerana rasa sedikit pedih dan juga supaya zat epal cukup masa untuk menyerap kebawah lapisan kulit mulut. Insyallah Ulser berkenaan akan pulih dalam masa 24jam.

2)meletakkan garam ke atas tompokan putih tadi. Awas! cara ini amat menyakitkan.

3) anda juga boleh mendapatkan rawatan dengan sejenis krim atau gel yang terdapat di  farmasi.

4)Rasa sakit kerana ulser boleh juga diredakan berkumur-kumur dengan air garam suam atau ubat kumur antibakteria.

Cara yang paling baik ialah dengan mengamalkan petua berikut:

-Banyak minum air suam.

-Berehat dan tidur dengan cukup.

-Amalkan tabiat menjaga agar mulut dan gigi berada pada tahap kesihatan yang baik.

-Mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang.


Pastikan anda mengambil cukup buah buahan sumber vitamin B12 dan vitamin C seperti papaya, epal hijau dan nenas.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

bicaraminda

Recent Posts

8 Rekod Serangan keatas Balai Polis

Kejadian serangan keatas Balai Polis Ulu Tiram bukan kejadian pertama berlaku di negara ini. 8…

7 hours ago

Orang paling muda dijatuhkan hukuman mati renjatan elektrik

George Stinney Jr. adalah orang termuda yang dijatuhi hukuman mati di Amerika Syarikat. Dia hanya…

1 day ago

Dua Lelaki ditahan ceroboh Istana Negara bawa parang dalam kereta

Kereta Suspek sedang diperiksa Polis semalam menahan dua lelaki yang menceroboh Istana Negara, dengan sebilah…

1 day ago

Serangan Balai Polis Ulu Tiram tiada kaitan mana-mana kumpulan-Menteri

Suspek utama yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram Johor Baharu pada Jumaat 17 Mei 2024…

1 day ago

Keinginan gandakan kekayaan segera warga emas diperangkap RM412,500

(Gambar Hiasan) KOTA TINGGI - Seorang lelaki warga emas berusia 68 tahun rugi hampir setengah…

1 day ago

Amaran Kerajaan Saudi jangan terpedaya iklan haji palsu

Arab Saudi menasihatkan umat Islam supaya tidak terpedaya dengan iklan haji palsu di media sosial.…

1 day ago