Jawatan kosong Teknikal (sistem bunyi) pekerja sambilan harian (psh) Lembaga kebudayaan negeri Sabah
Tarikh Akhir penyerahan borang 19 Mei 2023 (Jumaat).
Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon jawatan Teknikal Sistem Bunyi (Sound System) Pekerja Sambilan Harian (PSH) di Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS). Butiran terperinci mengenai jawatan ini ialah:-
1. Nama Jawatan: Teknikal Sistem Bunyi (Sound System)
2. Klasifikasi Perkhidmatan: Perkhidmatan Kemahiran
3. Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
4, Bilangan Kekosongan: Satu (1) Jawatan
5. Tempat Kekosongan: Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah
6. Taraf Jawatan: Pekerja Sambilan Harian (PSH)
7. Jadual Gaji: RM 54.00 Sehari
Syarat Lantikan
Warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah.
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
Mempunyai Sijil Kelayakan SPM atau yang setaraf dengannya.
Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu.
Mempunyi kemahiran/pengalaman dalam mengendalikan semua perkara teknikal iaitu mengurus semua pemasangan peralatan sound sistem sebelum acara/persembahan dimulakan.
Cara Memohon
Borang Permohonan boleh didapati DISINI
atau
Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, Tingkat 4, Wisma Budaya
Jalan Tunku Abdul Rahman,
88800 Kota Kinabalu, Sabah.
Iklan Jawatan
Permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan Resume yang lengkap dan disertakan dengan satu salinan Sijil Akademik, Kad Pengenalan, dan sekeping gambar berukuran pasport.
Tarikh Tutup Permohonan
Semua permohonan hendaklah diterima oleh Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah selewat-lewatnya pada 19 Mei 2023 (Jumaat).
Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
Alamat Penghantaran
Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat seperti di bawah:
Pengurus Besar
Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, Tingkat 4, Wisma Budaya
Jalan Tunku Abdul Rahman,
88800 Kota Kinabalu, Sabah.
E-mel : sumbermanusialkns@qmail.com
Hanya permohonan yang layak dan melepasi tapisan akan dipanggil temuduga bagi jawatan ini.
Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh tiga(3) bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.
Pihak LKNS tidak akan bertanggungjawab ke atas semua perbelanjaan calon-calon yang akan menghadiri temuduga tersebut.
Hanya calon yang berjaya dalam urusan temuduga akan dimaklumkan
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.