Jawatan Pegawai Kebudayaan
Pekerja Sambilan Harian (psh)
Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah

0
169

Sila baca sepenuhnya. Jangan hanya baca setakat tajuk sahaja


Tarikh akhir penyerahan borang permohonan 19 Mei 2023 (Jumaat).

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon jawatan Pegawai Kebudayaan, Pekerja Sambilan Harian (PSH) di Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS).

Butiran terperinci mengenai jawatan ini ialah:-

1. Nama Jawatan: Pegawai Kebudayaan

2. Klasifikasi Perkhidmatan: Perkhidmatan Kemahiran

3. Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksanan

4. Bilangan Kekosongan: Satu (1) Jawatan

5. Tempat Kekosongan: Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah

6. Taraf Jawatan: Pekerja Sambilan Harian (PSH)

7. Jadual Gaji: Rm 72.00 Sehari


8. Syarat Lantikan
Warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah.
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

Mempunyai Sijil Kelayakan SPM, Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia dan Diploma.

Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu.
Boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik.

Diploma dalam bidang komunikasi massa, multimedia, pengajian media, grafik komunikasi, fotografi, penyiaran atau perfileman atau bidang berkaitan yang diiktirat oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktirat setaraf dengannya.


9. Kriteria yang diperlukan :-
a) Keutamaan kepada yang mempunyai pengalaman dalam pengacaraan tv, video dan radio.

b) Kreatif dan inovatif.

c) Boleh bertugas tanpa mengira waktu.

d) Mahir dengan media sosial.

e) Berpewatakan menarik.

10. Cara Memohon
Borang Permohonan boleh didapati DISINI





Permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan Resume yang lengkap dan dişertakan dengan satu şalinan Sijil Akademik, Kad Pengenalan, dan sekeping gambar berukuran pasport.

11. Tarikh Tutup Permohonan
Semua permohonan hendaklah diterima oleh Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah selewat-lewatnya pada 19 Mei 2023 (Jumaat).

Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

12. Alamat Penghantaran
Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat seperti di bawah;

Pengurus Beşar
Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah,
Tingkat 4, Wisma Budaya
Jalan Tunku Abdul Rahman,
88800 Kota Kinabalu, Sabah.

E-mel : sumbermanusialkns@qmail.com

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. Maklumat ini [ Jawatan Pegawai Kebudayaan
Pekerja Sambilan Harian (psh)
Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah ] dan sementara kami berusaha untuk memastikan maklumat terkini dan betul, kami tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, nyata atau tersirat, tentang kesempurnaan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan dengan menghormati laman web atau maklumat, produk, perkhidmatan, atau grafik berkaitan yang terkandung pada siaran untuk sebarang tujuan.