Jawatan PEGAWAI (PENGURUSAN RISIKO) BAHAGIAN AUDIT DAN PEMATUHAN

LEMBAGA AMANAH KEBAJIKAN
MASJID NEGERI SARAWAK

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 31 MEI 2023

SYARAT-SYARAT LANTIKAN

– Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ataukelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

– Mempunyai kemahiran komunikasi dan menulis (penulisan laporan) dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik.

– Mahir dalam penggunaan Microsoft Office (Word, Excel, Powerpoint).

– Memiliki sekurang-kurangnya satu (1) tahun pengalaman bekerja dalam bidang pengurusan risiko.

– Proaktif, cerdas, analitikal dan boleh bekerja di bawah penyeliaan yang minimum.

– Cerdas, analitikal dan mempunyai kemahiran

– Berkemampuan melakukan pelbagai tugas dalam masa yang ditetapkan dan boleh bekerja tanpa mengira masa.


KELAYAKAN AKADEMIK
– Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Profesional dalam Kewangan/Perakaunan/Pengurusan Perniagaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

– Memiliki kelayakan professional seperti CIA (Certified Internal Auditor), ACCA(Association of Chartered Certified Accountants) atau CIMA (Chartered Institute of
Management Accounts) adalah satu kelebihan.


DESKRIPSI TUGAS
– Terlibat dalam pelbagai fasa yang terdiri daripada mengenalpasti, menyemak,
menilai, melaporkan dan mengesyorkan sebarang cadangan berkaitan pengurusan risiko.

– Membantu Ketua Bahagian dalam perancangan, reka bentuk dan pelaksanaan proses pengurusan risiko.

– Memantau risiko berkaitan perniagaan dan operasi LAKMNS dan memaklumkan kepada pihak pengurusan mengenai sebarang risiko yang dikenalpasti.

– Memastikan laporan dilengkapkan dalam tempoh masa yang telah dirancang.

– Mengekalkan tahap pengetahuan yang tinggi berkaitan pengurusan risiko.

– Melaksanakan pelbagai tugasan ‘ad-hoc’ seperti yang diperlukan atau ditugaskan oleh Ketua Bahagian.


Calon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat seperti di atas boleh menghantar surat permohonan, resume yang mengandungi butir-butir peribadi, kelayakan akademik, pengalaman kerja serta salinan sijil yang telah disahkan dan sekeping gambar
berukuran passport (tidak dikembalikan).

Permohonan boleh dihantar melalui email

grouphr@lakmns.org.my ataua
menghantar resume ke alamat berikut:

(nyatakan jawatan dipohon pada sampul)
BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
(GROUP HR LAKMNS)
LEMBAGA AMANAH KEBAJIKAN MASJID NEGERI SARAWAK
TINGKAT 8, BAITUL MAKMUR
MEDAN RAYA, PETRA JAYA
93050 KUCHING.

Calon yang disenarai pendek sahaja akan dimaklumkan.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 31 MEI 2023

Baca Juga   Jawatan Eksekutif (Sarawak) Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB)
Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.