Categories: Info

Panduan ukur saiz cincin untuk mudah beli dalam talian.

This post has already been read 203 times!

Gaya semasa pembelian dalam talian memerlukan kaedah tertentu khususnya pembelian cincin.

Ukuran yang tepat membantu pihak penjual menghantar cincin dengan saiz yang sesuai dengan jari pembeli.

Berikut panduan ukur saiz cincin menggunakan kertas.

1. Sediakan kertas, gunting, dan pembaris.
2. Gunting kertas menjadi satu potongan panjang.
3. Lilitkan kertas pada jari yang dikehendaki. Tandakan pada tempat yang kertas bertemu apabila dililit.

4. Buka lilitan dari jari dan ukur panjangnya dalam unit mm.
5. Semak saiz cincin mengikut carta yang sama di bawah.




TIPS UKUR SAIZ CINCIN
1. Jari boleh mengembang dan menguncup. Untuk dapatkan saiz jari yang lebih tepat, ukurlah pada waktu siang ketika cuaca lebih panas.

2. Untuk dapatkan saiz yang betul, anda dinasihatkan untuk ulang ambil ukuran sebanyak 3 ke 4 kali dan dapatkan saiz purata.

3. Ukurlah saiz jari yang anda rasa selesa untuk dipakai cincin. Biasanya jari pada tangan dominan adalah lebih besar.
Jika ruas jari (knuckle) anda lebih besar daripada dasar jari, ambillah saiz ½ lebih besar. Ini untuk mengelakkan cincin tersangkut dekat ruas jari bila nak sarung nanti.


4. Saiz cincin juga berbeza mengikut jenis. Biasanya cincin belah rotan lebih besar ½ atau 1 saiz berbanding cincin bercorak keliling halus.

Apabila saiz telah diketahui, amat mudah untuk beli cincin ‘online’ dari rumah. Tiada lagi kerisauan tersilap saiz.

Untuk dapatkan saiz yang sesuai, pastikan anda mengambil ukuran beberapa kali dan ukurlah pada waktu siang, ketika itu jari anda sedikit ‘kembang’.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

bicaraminda

Recent Posts

Geely pamerkan Panda Knight EV mini serba elektrik pada harga RM35,000

Tanggal 15 September 2023 , Geely secara rasmi melancarkan Panda Knight Elektrik di China, berharga…

5 hours ago

Kapal layar kayu terbesar Fu Ning berlabuh di Melaka 1 Mei 2024

Bernama melaporkan kapal layar kayu tradisional Cina terbesar di dunia berlabuh di Pelabuhan Tanjung Bruas…

18 hours ago

Kayalpattinam, Bandar Model Didominasi Wanita tiada jenayah berdekad

Sebuah bandar pantai kecil di tenggara Tamil Nadu Keindahan bandar Kayalpattinam Sebuah bandar pantai kecil…

1 day ago

Berapa harga Kayu terMahal di dunia.

Blackwood Afrika adalah salah satu kayu yang paling keras dan paling mahal di dunia dan…

1 day ago

Persediaan untuk menjadi Juruterbang

Kepada yang berminat kerjaya juruterbang, dirumuskan beberapa langkah seperti berikut: PROGRAM DI BAWAH SYARIKAT PENERBANGAN…

1 day ago

Keretapi Bijih Besi Mauritania panjang 3km

Kereta Api Bijih Besi di Mauritania satu pengangkutan yang terkenal di Mauritania 1. Tempoh perjalanan…

2 days ago