Jawatan Penolong pegawai pertanian Negeri Perak

This post has already been read 28 times!

Tarikh Tutup Permohonan :
31 Mei 2023 (Rabu)

Rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang berkelayakan adalah dipelawa memohon bagi mengisi kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak seperti yang dinyatakan di bawah:-

Penolong pegawai pertanian

Gred G29
Sektor: Pertanian
Taraf: Kontrak/tetap

GAJI MINIMUM: RM1,494.00

GAJI MAKSIMUM: RM5,674.00

KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN: RM145.00



3.0 Syarat Lantikan :-
3.1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) Rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dengan kewarganegaraan Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) (i) Sijil Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi latihan tempatan
atau kelayakan yang setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM1,494.00); atau
(ii) diploma dalam bidang pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM1,847.86).
3.2. Syarat Kelayakan Bahasa Melayu :-
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia
atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

4.0 Taraf Jawatan :
Kontrak / Tetap

5.0 Penaklukan Di Bawah Syarat-syarat Skim Perkhidmatan :
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Penolong Pegawai Pertanian adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

6.0 Tarikh Tutup Permohonan :
31 Mei 2023 (Rabu)



KETERANGAN
1. Pemohon-pemohon hendaklah membuat permohonan secara online (atas talian) dengan melayari Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di alamat :-
http://www.spa.gov.my

2. Pemohon-pemohon perlu memilih jawatan seperti berikut semasa mengisi borang permohonan :-
– Penolong Pegawai Pertanian Gred G29 (SPA Perak)



(Panduan untuk pemohon : Pada Menu Jawatan Yang Dimohon sila pilih Lantikan Kontrak/Tetap (Bukan Lantikan SPA). Pilih jawatan yang ingin dimohon seperti di atas)


3. Hanya permohonan yang dikemukakan dalam tempoh iklan sahaja akan diproses . Tempoh iklan mulai 18 Mei 2023 hingga 31 Mei 2023.

4. Sebarang keterangan lanjut boleh dirujuk kepada ;

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak Darul Ridzuan
( u/p : Unit Pengambilan ) No Tel : 05-2540615

5. Tarikh Tutup Permohonan pada 31 Mei 2023 (RABU) jam 11.59 malam.

Baca Juga   Jawatan PENGAWAS HUTAN Negeri Perak Negeri Perak

Iklan penuh

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.