Jawatan Kosong: Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29 (Kontrak) UKM

This post has already been read 62 times!

Tarikh Tutup Iklan : 10 Jun 2023

Projek The Malaysian Cohort adalah satu projek penyelidikan kebangsaan yang telah diluluskan oleh Kabinet dan berurusetia di Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI), Cheras Kuala Lumpur. Kami menjemput anda WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:


Jawatan :
PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29

Taraf Jawatan : Kontrak


SYARAT LANTIKAN :

Sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Pokok: RM1,549.00); ATAU
Sijil dalam bidang kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Pokok: RM1,549.00); ATAU
Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Pokok: RM1,855.00); ATAU
Diploma dalam bidang kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Pokok: RM1,929.89); DAN
Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat SPM/SVM.
KEMAHIRAN KHUSUS :
Berpengalaman membangunkan sistem maklumat dalam bidang pengaturcaraan dan pangkalan data atau mempunyai kemahiran tinggi dalam pengaturcaraan dan pangkalan data :

Mahir menyelesaikan masalah dalam masa yang singkat.
Seorang yang komited dan proaktif. Keutamaan :

Mahir dalam ASP.NET/.NET/C#/Codeigniter/PHP 7
MSSQL/MYSQL (Microsoft SQL Server)
Javascript / JQuery

RINGKASAN TUGAS :


Bertanggungjawab dalam membangun program baharu untuk sesuatu sistem gunaan komputer, mengembangkan sistem komputer yang sedia ada bagi memenuhi keperluan semasa, menyelenggara sistem dan memberi latihan serta bantuan teknikal kepada pihak pengguna.


Deskripsi Tugas :

Membantu, merancang, mengurus dan melaksanakan penggunaan infrastruktur teknologi.
Membantu menganalisis keperluan program serta membangun dan menyelenggara aturcara baharu dan sedia ada untuk sesuatu aplikasi sistem maklumat dan memberikan latihan serta bantuan teknikal.
Membantu dalam kerja-kerja membangun, mengurus dan mentadbir keberkesanan pengurusan pangkalan data.
Bertanggungjawab dalam penyelengaraan dan pembaikan ICT dalam memastikan kemudahan infrastruktur teknologi berada dalam keadaan baik dan bersedia untuk digunakan.
Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dan Ketua Projek dari semasa ke semasa.
Bersedia menerima arah kerja lebih masa sekiranya diperlukan. Mmapu bekerja dengan penyeliaan minimum dan dalam satu pasukan

Baca Juga   Jawatan Pegawai Penyelidik Jabatan perkhidmatan Veterinar

CARA MEMOHON :

Calon yang berminat dan berkelayakan, boleh merujuk kepada pautan dibawah: https://forms.gle/bsLEDYp8D53vp2Z9A

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di talian 03-91710415 (En Arman : ext 722/Pn Afifah : ext 719)
Iklan Asal

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.