Sila baca sepenuhnya. Jangan hanya baca setakat tajuk sahaja
Tarikh Akhir penyerahan borang 15 Jun 2023
Cawangan Kejuruteraan Cerun JKR ingin mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan dibawah program MyStep seperti jawatan berikut:
JAWATAN: PEMBANTU TADBIR
(OPERASI) GRED
N19
CAWANGAN KEJURUTERAAN CERUN JKR
KEKOSONGAN 1
KELAYAKAN DIPLOMA (yang
berkaitan)
UPAH (RM)1,700.00
Penempatan di Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur
SYARAT PERMOHONAN
• Warganegara Malaysia
Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
• Mempunyai kelayakan akademik sebagaimana dalam jadual di atas.
SKOP KERJA
• Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi
tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan
kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).
CARA MEMOHON :
Calon yang berminat hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut sebelum
atau selewat-lewatnya pada 15 Jun 2023 :
i. Perlu mengemukakan resume berserta gambar terkini;
ii. Mengisi borang permohonan yang dilampirkan bersama; dan
iii. Salinan Diploma/Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diiktiraf oleh kerajaan
Sila emailkan permohonan kepada: sharifahizyan@jkr.gov.my
• Hanya calon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga.
Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas sebulan dari tarikh iklan adalah dianggap tidak Berjaya.


Penafian
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. Maklumat ini [ Jawatan PEMBANTU TADBIR (OPERASI) MySTEP JKR ] dan sementara kami berusaha untuk memastikan maklumat terkini dan betul, kami tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, nyata atau tersirat, tentang kesempurnaan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan dengan menghormati laman web atau maklumat, produk, perkhidmatan, atau grafik berkaitan yang terkandung pada siaran untuk sebarang tujuan.