Jawatan PEREKA GRAFIK MySTEP JKR

Sila baca sepenuhnya. Jangan hanya baca setakat tajuk sahaja


Tarikh Akhir penyerahan borang 15 Jun 2023


Cawangan Kejuruteraan Cerun JKR ingin mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan dibawah program MyStep seperti jawatan berikut:

JAWATAN
Pereka Grafik
CAWANGAN KEJURUTERAAN CERUN JKR

KEKOSONGAN 1

KELAYAKAN DIPLOMA (yang
berkaitan)

UPAH (RM)1,900.00

Penempatan di Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur

SYARAT PERMOHONAN

• Warganegara Malaysia
• Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
• Mempunyai kelayakan akademik sebagaimana dalam jadual di atas.
SKOP KERJA
• Menyediakan kandungan infografik/ grafik untuk platform media-media sosial jabatan.
Merakam dan menyunting kandungan grafik profesional jabatan.
• Menghasilkan bahan pemasaran dan pengiklanan perkhidmatan jabatan.
• Dapat menterjemah komunikasi berkaitan perkhidmatan dan produk kepada infografik/
grafik yang baik.
• Menghasilkan kandungan infografik/ grafik untuk projek “ad-hoc”.
• Calon yang mahir dalam fotografi dan videografi adalah satu kelebihan.
• Bersedia melaksanakan tugas lain yang berkaitan seperti yang diarahkan.
• Kenal pasti keperluan dan “trend” pelanggan/ komuniti dan kemukakan idea baharu untuk
jabatan.


CARA MEMOHON :
Calon yang berminat hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut sebelum
atau selewat-lewatnya pada 15 Jun 2023 :
i. Perlu mengemukakan resume berserta gambar terkini;
ii. Mengisi borang permohonan yang dilampirkan bersama; dan
iii. Salinan Diploma/Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diiktiraf oleh kerajaan

Sila emailkan permohonan kepada: sharifahizyan@jkr.gov.my
• Hanya calon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga.

Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas sebulan dari tarikh iklan adalah dianggap tidak Berjaya.

Borang permohonan
Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. Maklumat ini [ Jawatan PEREKA GRAFIK MySTEP JKR ] dan sementara kami berusaha untuk memastikan maklumat terkini dan betul, kami tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, nyata atau tersirat, tentang kesempurnaan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan dengan menghormati laman web atau maklumat, produk, perkhidmatan, atau grafik berkaitan yang terkandung pada siaran untuk sebarang tujuan.

Scroll to Top