JAWATAN Pembantu Akauntan FAMA

Sila baca sepenuhnya. Jangan hanya baca setakat tajuk sahaja


Tarikh tutup 26 JUN 2023.

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) adalah sebuah Badan Berkanun yang merupakan agensi pemasaran makanan dan hasil pertanian Malaysia di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdaya maju untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :

Pembantu Akauntan Gred W19
Taraf: Tetap

Gaji Minima RM1,353.00 – Maksima RM4,005.00

Notis: Iklan Jawatan ini tidak mematuhi syarat gaji minima kebangsaan RM1,500.00


Syarat Kelayakan
(a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakanyang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik dan Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji permulaan pada Gred W19 : RM1,353.00) atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakanyang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-Kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred W19 : RM1,409.40) atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred W19 : RM1,409.40) atau
(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil
Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi
(Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred W19 : RM1,465.80) atau
(v) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred W19 : RM1,465.80)

Calon bagi lantikan hendaklah
memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan.

Hanya calon-calon yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan dengan peranan dan fungsi utama FAMA akan diberi keutamaan.

SYARAT-SYARAT UMUM :
Umur :
Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
Penempatan :
Pejabat Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) seluruh Malaysia.
Tempoh Percubaan :
Di antara satu (1) hingga tiga (3) tahun.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan :
Pegawai sedang berkhidmat yang layak dibawah Syarat Secara Lantikan hendaklah :
i) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun ; atau
ii) Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun ; atau
iii) Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Permohonan :
(i) Permohonan hendaklah dibuat secara online sahaja melalui lama web: : Sistem ePerjawatan FAMA
https://perjawatan.fama.gov.my/job/



(ii) Pemohon TIDAK PERLU MENGHANTAR salinan sijil-sijil secara hard copy tetapi PERLU memuat naik sijil-sijil tersebut secara softcopy semasa permohonan dibuat. Sekiranya sijil-sijil tidak dimuat naik maka permohonan akan DITOLAK.
(iii) Permohonan bagi Gred 41 dan Gred 29 perlu memuat naik surat Pengiktirafan Akreditasi bidang Pengajian dari sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam (MQA). Pemohonan yang tidak lengkap akan DITOLAK.
(iv) Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas ENAM (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.
(v) Tarikh tutup iklan jawatan pada 26 JUN 2023.

Pertanyaan/Helpdesk :
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Pelantikan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia ditalian:
03-61262020 samb: 2338, 2212, 2341, 2043, 2321, 2096.

Atau emailkan kepada permohonan@fama.gov.my disertakan Nama Penuh dan No. Kad Pengenalan anda.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. Maklumat ini [ JAWATAN Pembantu Akauntan FAMA ] dan sementara kami berusaha untuk memastikan maklumat terkini dan betul, kami tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, nyata atau tersirat, tentang kesempurnaan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan dengan menghormati laman web atau maklumat, produk, perkhidmatan, atau grafik berkaitan yang terkandung pada siaran untuk sebarang tujuan.

Scroll to Top