Jawatan Pembantu Juruteknik Awam PERBADANAN HAL EHWAL BEKAS ANGKATAN TENTERA (PERHEBAT)

Sila baca sepenuhnya. Jangan hanya baca setakat tajuk sahaja


Tarikh Tutup 25 Jun 2023 (Sabtu)

Gaji: Tidak dinyatakan dalam iklan

SYARAT DAN KELAYAKAN
Jawatan 5 – Pembantu Juruteknik Awam
i. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan setaraf dengannya yang diiktiraf oleh kerajaan.

ii. Calon yang mempunyai Sijil SKM Tahap 2 atau lebih tinggi dalam bidang berkaitan adalah diutamakan.

iii. Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang setaraf dengannya diiktiraf oleh kerajaan.

iv. Mempunyai pengalaman kerja dalam bidang adalah menjadi kelebihan dan diutamakan.

v. Bebas daripada sebarang tindakan tatatertib / tiada rekod jenayah dan mempunyai tahap kesihatan yang baik, tidak menghidap penyakit berjangkit dan penyakit yang berpanjangan.

UMUR : Calon mestilah berumur melebihi 21 tahun mulai tarikh tutup iklan.

TARAF JAWATAN : Kontrak untuk Perkhidmatan (Contract For Service) TEMPOH KONTRAK : 1 Tahun (Disambung mengikut keperluan)

SENARAI TUGAS PEMBANTU JURUTEKNIK AWAM

1. Membantu Juruteknik Awam tehadap aspek penyelenggaraan sivil di Kompleks PERHEBAT dan Rumah Keluarga.

2. Membantu membuat pemeriksaan berkala landskap, pembersihan bangunan dan sanitari.

3. Membantu membaik pulih kerosakan kecil kerja-kerja sivil.

4. Membantu dan berkerjasama membaiki sebarang kerosakan dan penyelenggaraan di UPP.

5. Melaksanakan lawatan pemantauan bagi mengenal pasti sebarang kerosakan di Kompleks PERHEBAT.

6. Mengemukakan laporan lawatan pemantauan kepada penyelia untuk tindakan.

7. Membantu dan berkerjasama membuat persiapan majlis rasmi PERHEBAT.

8. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh pengurusan atasan.


CARA MEMOHON JAWATAN
Permohonan hendaklah dibuat melalui Borang Permohonan

Jawatan PERHEBAT (BOR/PHBT/TADSM/2019 (PERMOHONAN JAWATAN) secara online dengan hanya klik pautan

Sila Klik DISINI

1. Resume dan Salinan sijil hendaklah diemelkan kepada alamat emel hrperhebat@gmail.com

2. Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 Jun 2023 (Sabtu)

3. Segala pertanyaan boleh hubungi Cik Noreliani Binti Mohd Kashul di talian 03-61569412 samb. 1026.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. Maklumat ini [ Jawatan Pembantu Juruteknik Awam PERBADANAN HAL EHWAL BEKAS ANGKATAN TENTERA (PERHEBAT) ] dan sementara kami berusaha untuk memastikan maklumat terkini dan betul, kami tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, nyata atau tersirat, tentang kesempurnaan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan dengan menghormati laman web atau maklumat, produk, perkhidmatan, atau grafik berkaitan yang terkandung pada siaran untuk sebarang tujuan.

Scroll to Top