Sila baca sepenuhnya. Jangan hanya baca setakat tajuk sahaja
PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU OPERASI GRED N11 (3 KEKOSONGAN) Majlis Perbandaran Seremban
Tarikh Tutup: 22 Jun 2023 jam 5.00 petang
Notis: Iklan Jawatan ini tidak mematuhi syarat gaji minima kebangsaan RM1,500.00
1. Permohonan adalah terbuka kepada warganegara Malaysia KEUTAMAAN kepada anak kelahiran Negeri Sembilan yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut.
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
i) Warganegara Malaysia;
ii) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
SYARAT LANTIKAN
3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(i) Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) / Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan ialah pada Gred N11 : RM1,216.00); atau
(ii) PT3 / PMR atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2 / B / D / E2 / E1 / E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)].
(Gaji Permulaan ialah pada Gred N11 : RM1,262.15)
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
4. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3 / PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Mohon DISINI
Penafian
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. Maklumat ini [ Jawatan Pembantu Operasi Majlis Perbandaran Seremban ] dan sementara kami berusaha untuk memastikan maklumat terkini dan betul, kami tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, nyata atau tersirat, tentang kesempurnaan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan dengan menghormati laman web atau maklumat, produk, perkhidmatan, atau grafik berkaitan yang terkandung pada siaran untuk sebarang tujuan.