Jawatan Pembantu Tadbir (Keewangan9) Majlis Bandaraya Seremban

JAWATAN PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W19 (1 KEKOSONGAN)


Tarikh Tutup 22 Jun 2023


Notis: Iklan Jawatan ini tidak mematuhi syarat gaji minima kebangsaan RM1,500.00


1. Permohonan adalah terbuka kepada warganegara Malaysia KEUTAMAAN kepada anak kelahiran Negeri Sembilan yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut.
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
i) Warganegara Malaysia;
ii) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
SYARAT LANTIKAN
3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(i) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan pada peperiksaaan tersebut.
(Gaji Permulaan ialah pada Gred W19 : RM1,353.00); atau
(ii) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira – kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan ialah pada Gred W19 : RM1,409.40); atau
(iii) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan ialah pada Gred W19 : RM1,409.40); atau
(iv) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan ialah pada Gred W19 : RM1,465.80); atau
(v) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan ialah pada Gred W19 : RM1,465.80)
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
4. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Permohonan diSINI

Baca Juga   Jawatan Pembantu Syariah Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.