Jawatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Majlis Bandaraya Seremban

Sila baca sepenuhnya. Jangan hanya baca setakat tajuk sahaja




Tarikh Tutup 22 Jun 2023

PERMOHONAN JAWATAN PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN GRED U29 (1 KEKOSONGAN)
1. Permohonan adalah terbuka kepada warganegara Malaysia KEUTAMAAN kepada anak kelahiran Negeri Sembilan yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut.
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
i) Warganegara Malaysia;
ii) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

SYARAT LANTIKAN
3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
Diploma dalam bidang kesihatan persekitaran yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred U29 : RM1,797.00)

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

4. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN :
5. Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Kesihatan Awam adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan: (a) mempunyai kelayakan di perenggan 3; dan
b) had umur pelantikan:
(i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
(iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Mohon DISINI

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. Maklumat ini [ Jawatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Majlis Bandaraya Seremban ] dan sementara kami berusaha untuk memastikan maklumat terkini dan betul, kami tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, nyata atau tersirat, tentang kesempurnaan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan dengan menghormati laman web atau maklumat, produk, perkhidmatan, atau grafik berkaitan yang terkandung pada siaran untuk sebarang tujuan.

Scroll to Top