Categories: Haiwan

Jojo diselamatkan dari masyarakat tidak berperikemanusiaan

This post has already been read 113 times!

Anjing Jojo asal jalanan terbukti bermanfaat dan jadi anjing penjaga halaman yang baik.

Kisah anjing Jojo banyak jadi pengajaran. Anjing Jojo asalnya anjing yang dicederakan oleh masyarakat pembenci anjing di Klang Selangor.

Diselamatkan oleh penyelamat bernama Sha Miza ketika itu akibat Jojo dipakuk penduduk kerana dikatakan najis dan mengganggu.

Anjing Jojo diambil oleh Presiden Animal Malaysia Arie Dwi Andika tanpa syarat.

Dipelihara dan dilatih semenjak 5 tahun dahulu. Jojo diberi tugas menjaga halaman rumah-rumah sewa milik Presiden.

Ini semua dilakukan atas ehsan untuk beri semula kebahagiaan dan keyakinan hidup kepada Anjing Jojo.

Kehadiran Anjing Jojo ketika itu yang menimbulkan ketidak selesaan masyarakat di Segambut Luar Kuala Lumpur kerana sentimen adat, budaya dan hukum hakam agama.

Akhirnya atas perjuangan cekal presiden mendidik masyarakat di Kampung Segambut Luar.

Anjing Jojo kini bukan sahaja disenangi tetapi dijadikan rakan gurau senda oleh anak-anak penduduk dan masyarakat setempat.

Anjing Jojo dikenali sebagai anjing bijak, penjaga kawasan rumah dan guard dog untuk aset-aset penyewa yang menghuni kawasan rumah-rumah sewa milik presiden.

Siapa yang tidak kenal anjing Jojo bukanlah penduduk berasal di kawasan tersebut. Kini kesemua penyewa di kawasan tempat Jojo berteduh bergilir-gilir memberinya makan dan minum.

Kiri kanan Jojo sapu. Anjing Jojo yang asalnya anjing jalanan dan dibenci masyarakat tempat dimana dia berasal di Klang Selangor kini menjadi anjing disayangi bukan sahaja para penyewa tempat dia berkhidmat tetapi seluruh penduduk kampung.

Inilah perjuangan memahamkan masyarakat erti santuni anjing.

Anjing ada peranan dan tugasnya jika masyarakat mahu membuka minda menerima kehadiran anjing dalam hidup mereka.

Anjing adalah sahabat terbaik yang setia di dunia!

Foto : Anjing Jojo bersama pemiliknya Presiden Arie Dwi Andik

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

bicaraminda

Recent Posts

[Video] 7 lagi ditahan polis berkaitan serangan keatas balai polis Ulu Tiram menyebabkan 2 anggota maut

Poiis Forensik menjalankan siasatan ditempat kejadian Penyerang - yang ditembak mati di tempat kejadian dikenalpasti…

57 mins ago

Kemaskini insiden Serangan Balai Polis Ulu Tiram

[TERKINI] Insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram: 📌Suspek terlibat dipercayai ahli Jemaah Islamiyah (JI) 📌Lima…

7 hours ago

Botol air diperbuat dari buloh ganti botol plastik di Lanchen India

Sikkim's Lachen Memperkenalkan Botol Air Buluh Untuk Pelancong. Botol air plastik telah menjadi kacau ganggu…

7 hours ago

Maklumat Awal Serangan keatas Balai Polis Ulu Tiram

Balai Polis Ulu Tiram diserang awal pagi Satu serangan keatas Balai Polis Ulu Tiram sekitar…

9 hours ago

[Video] PENERBANGAN GARUDA BAWA JAMA’AH HAJI MELAKUKAN PENDARATAN KECEMASAN KERANA KEBAKARAN ENJIN

16 Mei 2024 -- Sebuah pesawat yang membawa 450 Jamaah haji Indonesia dan 18 krew…

17 hours ago

[Video] Teknologi baru Bangunan 10 tingkat dibina dalam masa 28 jam sahaja

Sebuah bangunan 10 tingkat telah dibina dalam masa 28 jam dan 45 minit di bandar…

18 hours ago