Dell gesa kenakan hukuman lebih berat kacau ganggu ketenteraman di Stadium Bolasepak

Sila baca sepenuhnya. Jangan hanya baca setakat tajuk sahaja


Bekas Pemain Skuad Bola Sepak Kebangsaan era 1968-1973 dan Bekas Setiausaha agung FAM Datuk Dell Akhbar Khan menuntut hukuman lebih berat kesalahan merusuh penonton bolasepak.

Hukuman lebih keras dan memperkemas langkah keselamatan di semua gelanggang pertandingan bola sepak adalah antara dua saranan dari Datuk Dell Akbar Khan bekas setiausaha agung FA Malaysia .

Penonton merusuh di Stadium Bandaraya Pulau Pinang 22/8/2023

Bekas ketua polis Kuala Lumpur itu berkata FAM mesti melaksanakan SOP (prosedur operasi standard) yang tegas.

Musim 2023 merekodkan beberapa kes penonton atau penyokong dipukul, insiden membakar suar dan keganasan pihak keselamatan yang melibatkan lokasi seperti Stadium Sultan Ibrahim, Stadium Bandaraya, Stadium Bandaraya Pulau Pinang dan Stadium Sultan Mohamad ke-IV.

Membakar suar adalah kesalahan

Insiden terbaharu, pada hari Jumaat 25Lgos 2023, menyaksikan penyokong Kelantan bertindak membakar suar berikutan kekalahan besar pasukan mereka 11-2 kepada Selangor.

Dell berkata semasa beliau mentadbir bola sepak Malaysia pada 2000-2005, hanya terdapat insiden terpencil keganasan penonton.

“Apabila melibatkan tindakan mengancam ketenteraman, jawatankuasa disiplin perlu tegas dengan hukuman seperti bermain dalam stadium kosong.”

Hukuman sebegini mampu memberi pengajaran khususnya kepada penonton atau penyokong supaya mengawal emosi.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. Maklumat ini [ Dell gesa kenakan hukuman lebih berat kacau ganggu ketenteraman di Stadium Bolasepak ] dan sementara kami berusaha untuk memastikan maklumat terkini dan betul, kami tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, nyata atau tersirat, tentang kesempurnaan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan dengan menghormati laman web atau maklumat, produk, perkhidmatan, atau grafik berkaitan yang terkandung pada siaran untuk sebarang tujuan.

Scroll to Top