Categories: Kerajaan

Bantuan modal perniagaan TEKUN

This post has already been read 201 times!


Usahawan PKS yang ingin mengembangkan perniagaan dan memerlukan suntikan modal tambahan boleh mendapatkan maklumat daripada pelbagai agensi yang menawarkan kemudahan pembiayaan.

Pembiayaan TEKUN
Skim Pembiayaan TEKUN Niaga
TEKUN Nasional adalah sebuah institusi pembangunan usahawan yang berperanan menyediakan kemudahan pembiayaan modal kecil perniagaan ( micro credit ) dengan mudah dan cepat.

Matlamat TEKUN Nasional adalah untuk mempertingkatkan lagi penyertaan bumiputera dalam bidang perniagaan dan keusahawanan


AR RAHNU TEKUN
AR RAHNU TEKUN adalah produk pembiayaan gadaian patuh syariah jangka pendek (Qardh) secara bercagar emas. Merupakan salah satu platform kemudahan pembiayaan mikro-kredit yang ditawarkan oleh TEKUN Nasional.


Skim Pembiayaan TEMAN TEKUN

Skim Pembiayaan TEMAN TEKUN menggunakan konsep berkumpulan bagi menyediakan kemudahan pembiayaan dengan lebih mudah, cepat dan efisien untuk keperluan perniagaan. Berkonsepkan jaminan & kerjasama di antara ahli kumpulan yang terdiri daripada lima ( 5 ) orang usahawan ( lelaki dan wanita ).


Skim Pembiayaan TEMANNITA

Membantu usahawan wanita mendapat kan pembiayaan secara berkumpulan dengan lebih mudah,cepat dan efisien untuk keperluan perniagaan.


Skim Pembiayaan KONTRAK-i
Skim ini adalah merupakan pembiayaan kontrak pembekalan secara terus yang diperolehi daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Agensi Kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan ( GLC ). Memberi Alternatif dan Kemudahan Pembiayaan kepada usahawan untuk mendapatkan modal tambahan dengan cepat.


Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India

Objektif skim ini adalah untuk menggalakkan masyarakat India menceburkan diri dalam bidang perniagaan secara inovatif di samping merangsang bidang keusahawanan di Malaysia.

Skim Pembiayaan Usahawan Bekas Tentera

TEKUN menyediakan program pembiayaan untuk membantu bekas anggota tentera dan juga isteri atau anak bekas tentera yang menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan

Skim Pembangunan Usahawan Siswazah

Di bawah program ini, siswazah yang berminat boleh menjalankan aktiviti keusahawanan secara individu atau perkongsian pintar ( smart partnership ) yang melibatkan 2 atau 3 orang ( maksimum ) rakan kongsi di kalangan siswazah

Sila layari Laman Portal Rasmi TEKUN Nasional untuk malumat lanjut mengenai pembiayaan perniagaan.

https://www.tekun.gov.my/ms/

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

bicaraminda

Recent Posts

Lakaran Wajah Suspek Simbah Asid keatas Faisal Halim

Polis mengedarkan lakaran wajah dipercayai suspek terbabit dalam serangan asid terhadap Bintang Selangor FC Faisal…

2 hours ago

8 Rekod Serangan keatas Balai Polis

Kejadian serangan keatas Balai Polis Ulu Tiram bukan kejadian pertama berlaku di negara ini. 8…

20 hours ago

Orang paling muda dijatuhkan hukuman mati renjatan elektrik

George Stinney Jr. adalah orang termuda yang dijatuhi hukuman mati di Amerika Syarikat. Dia hanya…

2 days ago

Dua Lelaki ditahan ceroboh Istana Negara bawa parang dalam kereta

Kereta Suspek sedang diperiksa Polis semalam menahan dua lelaki yang menceroboh Istana Negara, dengan sebilah…

2 days ago

Serangan Balai Polis Ulu Tiram tiada kaitan mana-mana kumpulan-Menteri

Suspek utama yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram Johor Baharu pada Jumaat 17 Mei 2024…

2 days ago

Keinginan gandakan kekayaan segera warga emas diperangkap RM412,500

(Gambar Hiasan) KOTA TINGGI - Seorang lelaki warga emas berusia 68 tahun rugi hampir setengah…

2 days ago