Categories: Kerajaan

Panduan Cara Mudah Daftar PADU

This post has already been read 329 times!


Pusat Pangkalan Data Utama (Padu) merupakan platform rujukan  oleh kerajaan bagi merangka polisi bantuan serta subsidi masa hadapan.



Kini, proses pendaftaran bagi PADU telah dibuka.



Cara Daftar PADU:

1. Pergi ke laman web rasmi PADU yang telah disediakan (klik disini)https://www.padu.gov.my/auth/daftar

2. Anda perlu mengisi maklumat asas yang diperlukan seperti Nama Penuh, Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Telefon.
 
3. Kod OTP akan dihantarkan kepada anda menggunakan nombor telefon yang disertakan. Masukkan Kod OTP ke ruangan yang disediakan. 

4. Setelah selesai, anda perlu menetapkan kata laluan bagi akaun. Kata laluan anda harus menggunakan spesifikasi yang telah ditetapkan.

5. Proses yang seterusnya adalah Pengesahan Identiti. Pengguna perlu mengambil gambar Kad Pengenalan untuk bahagian depan dan belakang serta berswafoto. Pastikan gambar kad pengenalan dan swafoto adalah sama bagi memudahkan sistem PADU membuat pengesahan. 

6. Bagi proses mengambil gambar Mykad, anda perlu mematuhi panduan yang telah ditetapkan untuk mengelakkan sebarang permasalahan kepada pendaftaran. 

7. Setelah proses pengesahan selesai, Anda perlu log masuk ke laman sesawang yang berkaitan dan menyempurnakan proses pengemaskinian maklumat peribadi.

Anda perlu mengemaskini maklumat termasuk butiran isi rumah, alamat terkini, maklumat pekerjaan, jarak dari tempat tinggal ke tempat kerja, komitmen bulanan, pendapatan, sumber pendapatan lain, serta sebarang bantuan yang sudah diterima.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

bicaraminda

Recent Posts

[Video] Sungai aragvi Hitam Dan putih tidak bercampur

Sungai Aragvi Hitam Putih Di Georgia (sebelumnya menjadi sebahagian daripada Rusia), kedua-dua sungai ini terus…

1 day ago

Ibu Kura-kura Berusia 80 Tahun tetas Sembilan ekor anak

Nigrita berusia 80 tahun Zoo Zurich Switzerland menempa sejarah kejayaan seekor kura-kura Galapagos bernama Nigrita…

1 day ago

Bandaraya New York saman Tiktok Instagram Youtube kerana kesan sakit mental rakyatnya

New York menyaman USD100 juta TikTok, Instagram dan YouTube menyebabkan masalah kesihatan mental warganya. Remaja…

2 days ago

Kesihatan Mental rakyat Kelantan perlu rawatan jangan diabaikan

KOTA BHARU, 14 Mei 2024 -- Masalah kesihatan mental rakyat Kelantan yang dibiarkan tanpa rawatan…

2 days ago

Perangkap wayar di SUKE menyebabkan kecerderaan

Seorang penunggang motosikal di lebuh raya SUKE cedera terkena perangkap wayar pada petang Isnin. Dalam…

2 days ago

Selepas 2 tahun ganja dihalalkan, Thailand kembali mengharamkannya

BANGKOK — Perdana Menteri Thailand, negara pertama di Asia yang menghalalkan ganja dua tahun lalu,…

2 days ago