Categories: Kerajaan

Tarikh Tutup Daftar PADU

This post has already been read 349 times!


Pusat Pangkalan Data Utama (Padu) merupakan platform rujukan  oleh kerajaan bagi merangka polisi bantuan serta subsidi masa hadapan. Kerajaan akan melaksanakan sistem subsidi bersasar berdasarkan sistem PADU.

Menjelang beberapa hari lagi tarikh akhir pendaftaran PADU, rakyat Malaysia digesa untuk segera mendaftar sebelum tarikh akhir 31 Mac 2024.



Kini, proses pendaftaran bagi PADU telah dibuka.



Cara Daftar PADU:

1. Pergi ke laman web rasmi PADU yang telah disediakan (klik disini)https://www.padu.gov.my/auth/daftar

2. Anda perlu mengisi maklumat asas yang diperlukan seperti Nama Penuh, Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Telefon.
 
3. Kod OTP akan dihantarkan kepada anda menggunakan nombor telefon yang disertakan. Masukkan Kod OTP ke ruangan yang disediakan. 

4. Setelah selesai, anda perlu menetapkan kata laluan bagi akaun. Kata laluan anda harus menggunakan spesifikasi yang telah ditetapkan.

5. Proses yang seterusnya adalah Pengesahan Identiti. Pengguna perlu mengambil gambar Kad Pengenalan untuk bahagian depan dan belakang serta berswafoto. Pastikan gambar kad pengenalan dan swafoto adalah sama bagi memudahkan sistem PADU membuat pengesahan. 

6. Bagi proses mengambil gambar Mykad, anda perlu mematuhi panduan yang telah ditetapkan untuk mengelakkan sebarang permasalahan kepada pendaftaran. 

7. Setelah proses pengesahan selesai, Anda perlu log masuk ke laman sesawang yang berkaitan dan menyempurnakan proses pengemaskinian maklumat peribadi.

Anda perlu mengemaskini maklumat termasuk butiran isi rumah, alamat terkini, maklumat pekerjaan, jarak dari tempat tinggal ke tempat kerja, komitmen bulanan, pendapatan, sumber pendapatan lain, serta sebarang bantuan yang sudah diterima.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

bicaraminda

Recent Posts

Dari Johor bawa botol asid sulfurik serang rakan di Kelantan

Seorang mahasiswi dari Pagoh, Johor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu pada 9 Mei 2024…

5 hours ago

6 jam Sesat dalan hutan ikut pemanduan aplikasi Waze

Teknologi banyak membantu memudahkan urusan kehidupan namun ada ketikanya mendatangkan masalah. Satu kejadian Seorang lelaki…

14 hours ago

Polis Menjejaki Pemilik Instagram berkenaan simbah asid Faisal Halim

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengenal pasti pemilik akaun media sosial dikenali sebagai Muhammad Imran…

2 days ago

Akaun Media Sosial penyokong Bolasepak jadi pusat menternak ekstrimis

Kandungan provokasi, mencarut, memaki dan menghina pemain Bolasepak Negara dikenal pasti menjadi dalang utama kewujudan…

2 days ago

Suspek pertama disahkan tidak terbabit simbah asid

Kemaskini 2:32 petang 7 May 2024 Suspek pertama kes serangan simbah asid keatas pemain bola…

3 days ago

Suspek kedua simbah Asid ditahan di Bangi

Berita Harian melaporkan Polis telah menahan seorang lagi suspek lelaki warga Malaysia berusia 30tahun pada…

3 days ago