Categories: Info

Kenangan Syawal bersama anak OKU

This post has already been read 731 times!

Saat warga kota meninggalkan kotaraya menjelang syawal. Jalan yang sentiasa sibuk kelihatan lengan dan kenderaan melalui dengan lancar.

Kali ini aku beraya bersama anak OKU di Kuala Lumpur. Ini kerana anak OKU tidak mahu pulang ke kampung. Mungkin kesan ejekan sepupu menyebabkan dia tidak lagi mahu pulang ke kampung.

Aku nekad biarlah tidak dapat menikmati kemeriahan ambang Syawal di kampung halaman, keutamaannya ialah menemani anak OKU.

Aku tidak sanggup meninggalkan anak OKU bersendirian walaupun dia sudah berusia 30 tahun. Apa apa hal berlaku aku perlu bertanggungjawab.

Aku merasakan kebahagiaan dapat beraya dengan anak OKU. Biarlah dia tidak sempurna dimata orang, tetapi sangat mulia disisi ku.

Wahai anakku, ayah setia menemani mu setiap masa.

Jangan lah berduka kerana bapa mu ada disamping untuk sama sama kita berhari raya.

Anak anak lain bersuka-ria bermain di malam ambang 1 syawal, tetapi engkau diam dirumah bersama bapa mu.

Walaupun bapamu tidak begitu sihat, sukar berjalan, jangan risau wahai anak ku.

Kita berdua akan ke masjid menunaikan solat Aidil Fitri dan kita kembali ke rumah untuk makan sedikit jamuan yang ayah sempat sediakan.

Selamat hari raya anak ku.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

bicaraminda

Recent Posts

Kemaskini insiden Serangan Balai Polis Ulu Tiram

[TERKINI] Insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram: 📌Suspek terlibat dipercayai ahli Jemaah Islamiyah (JI) 📌Lima…

5 hours ago

Botol air diperbuat dari buloh ganti botol plastik di Lanchen India

Sikkim's Lachen Memperkenalkan Botol Air Buluh Untuk Pelancong. Botol air plastik telah menjadi kacau ganggu…

5 hours ago

Maklumat Awal Serangan keatas Balai Polis Ulu Tiram

Balai Polis Ulu Tiram diserang awal pagi Satu serangan keatas Balai Polis Ulu Tiram sekitar…

7 hours ago

[Video] PENERBANGAN GARUDA BAWA JAMA’AH HAJI MELAKUKAN PENDARATAN KECEMASAN KERANA KEBAKARAN ENJIN

16 Mei 2024 -- Sebuah pesawat yang membawa 450 Jamaah haji Indonesia dan 18 krew…

15 hours ago

[Video] Teknologi baru Bangunan 10 tingkat dibina dalam masa 28 jam sahaja

Sebuah bangunan 10 tingkat telah dibina dalam masa 28 jam dan 45 minit di bandar…

16 hours ago

[Video] Sungai aragvi Hitam Dan putih tidak bercampur

Sungai Aragvi Hitam Putih Di Georgia (sebelumnya menjadi sebahagian daripada Rusia), kedua-dua sungai ini terus…

2 days ago