Categories: Infomotivasi

Wanita OKU bersara pada usia 16 tahun

This post has already been read 903 times!


Kebiasaannya umur persaraan ialah 55 tahun. Berlainan kisah Ella Harper. Dia  seorang wanita istimewa dilahirkan pada 5 Januari tahun 1870 dengan kelainan upaya fizikal pada bahagian lutut.

Ella Harper berjalan dengan tangan dan kaki



Disebabkan kelainan ni, Ella lebih selesa berjalan menggunakan kedua-dua tangan dia.

Melihat kepada keistimewaan pada Ella,  dia ditawarkan menyertai kumpulan sarkus yang terkenal iaitu W.H Haris Nickel Plate Shows. Ketika itu Ella berusia 12 tahun.

Ella menggunakan nama pentas The camel girl.

Sarkas WH Haris nickel

Kerjaya Ella sebagai ahli sarkus ni membolehkan Ella mendapat
gaji yang lumayan iaitu sebanyak USD200 seminggu. Lebih kurang  pada zaman sekarang bernilai USD6000.

Dengan duit yang dia perolehi,  Ella mengambil keputusan bersara seawal usia 16 tahun. Ella pulang ke kampung halaman di Tennessee untuk menjalani kehidupan biasa bersama keluarga.

Semasa Ella berumur 21 tahun, Ella bertemu dengan seorang lelaki yang bernama Robert Savley dan mereka berdua pun berkahwin.

Ella pernah melahirkan seorang anak perempuan tapi malangnya anaknya meninggal dunia.

Ella meninggal dunia pada 19 Disember tahun 1921 pada usia 51 tahun, akibat sakit kanser.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

bicaraminda

Recent Posts

Ibu Kura-kura Berusia 80 Tahun tetas Sembilan ekor anak

Nigrita berusia 80 tahun Zoo Zurich Switzerland menempa sejarah kejayaan seekor kura-kura Galapagos bernama Nigrita…

4 hours ago

Bandaraya New York saman Tiktok Instagram Youtube kerana kesan sakit mental rakyatnya

New York menyaman USD100 juta TikTok, Instagram dan YouTube menyebabkan masalah kesihatan mental warganya. Remaja…

1 day ago

Kesihatan Mental rakyat Kelantan perlu rawatan jangan diabaikan

KOTA BHARU, 14 Mei 2024 -- Masalah kesihatan mental rakyat Kelantan yang dibiarkan tanpa rawatan…

1 day ago

Perangkap wayar di SUKE menyebabkan kecerderaan

Seorang penunggang motosikal di lebuh raya SUKE cedera terkena perangkap wayar pada petang Isnin. Dalam…

1 day ago

Selepas 2 tahun ganja dihalalkan, Thailand kembali mengharamkannya

BANGKOK — Perdana Menteri Thailand, negara pertama di Asia yang menghalalkan ganja dua tahun lalu,…

1 day ago

Gangguan bekalan air di Lembah Klang 5-7 Jun 2024

Lapan wilayah di Selangor dan Kuala Lumpur dijangka mengalami gangguan bekalan air pada 5 hingga…

1 day ago