1 min read

Keinginan gandakan kekayaan segera warga emas diperangkap RM412,500

This post has already been read 1600 times!

(Gambar Hiasan)

KOTA TINGGI – Seorang lelaki warga emas berusia 68 tahun rugi hampir setengah juta ringgit akibat terpedaya dengan pelaburan yang menawarkan pulangan dan keuntungan lumayan, baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora, pihaknya menerima laporan berhubung kes penipuan pelaburan tidak wujud daripada mangsa.

Katanya, berdasarkan laporan tersebut, lelaki warga emas itu melakukan beberapa transaksi berjumlah RM412,500 kepada empat akaun berbeza baru-baru ini bagi menerima pulangan dan keuntungan berkenaan.

“Semuanya bermula apabila mangsa melayari laman sosial Facebook dan tertarik dengan satu iklan pelaburan menawarkan pulangan keuntungan dalam tempoh empat bulan.

“Mangsa kemudian menekan pautan yang disediakan untuk disambungkan kepada suspek melalui aplikasi WhatsApp.

Selain diberikan penerangan berkaitan pelaburan, suspek memberikan satu ID bagi membolehkan mangsa memantau sendiri statistik serta pulangan pelaburan.

“Pada peringkat awal, mangsa melabur sebanyak RM40,000 dan suspek berjaya meyakinkan mangsa untuk menambah lagi jumlah pelaburan tersebut sehingga mencecah RM412,500 bagi mendapatkan keuntungan lebih tinggi,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, mangsa ada menghubungi suspek, namun diarahkan untuk memindahkan sejumlah wang terlebih dahulu sebagai sumbangan kebajikan sebelum proses pengeluaran wang pelaburan diluluskan.

Pada Mei 2024, mangsa menyedari ditipu setelah gagal mengeluarkan wang hasil pelaburan.Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   STR Sumbangan Tunai Rahmah 2024 Fasa 2