1 min read

Peguam dilaporkan banyak melakukan jenayah pecah amanah

This post has already been read 1313 times!

Peguam memikul amanah menjunjung keluhuran perundangan namun mutakhir ini banyak kes peguam melakukan pecah amanah pelanggan mereka.

Polis memberikan saranan kepada Majlis Peguam Malaysia untuk mengenakan tindakan yang lebih tegas terhadap mana-mana peguam yang gagal untuk melaksanakan tanggungjawab mereka sebagaimana yang sepatutnya.

Ini berikut dua kes berasingan yang dilaporkan baru-baru ini berkaitan kes pecah amanah jenayah oleh peguam di Petaling Jaya dan Sungai Buloh, Selangor.

Bagi kes di Petaling Jaya, Selangor satu laporan polis telah dibuat oleh seorang pengarah syarikat berusia 53 tahun yang mendakwa telah ditipu oleh sebuah firma guaman dalam urusan pembelian tanah di Plentong Johor.

Berdasarkan laporan, pada sekitar bulan Jun 2018, syarikat pengadu telah menandatangani perjanjian dengan sebuah syarikat lain untuk pembelian 55 ekar tanah dengan nilai RM40 juta.

Pihak pengadu telah membuat pembayaran deposit sebanyak RM4.8 juta ke akaun firma guaman yang dilantik oleh syarikat penjual.

Bagaimanapun, pembelian tersebut tidak dapat disempurnakan apabila peguam yang diamanahkan untuk memegang deposit tersebut telah menggelapkan keseluruhan wang tersebut.

Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Manakala bagi kes di Sungai Buloh, Selangor seorang pengarah syarikat berusia 60 telah melantik seorang peguam bergelar Dato’ untuk menguruskan kes saman sivil terhadap sebuah institusi perbankan kerana menaikkan kadar faedah pinjaman syarikat miliknya.

Setelah berbincang, pengadu telah membuat bayaran kos guaman sebanyak RM3.7 juta kepada firma guaman tersebut.

Namun, tindakan sivil tersebut dibatalkan setelah pihak bank bersetuju untuk mengurangkan kadar faedah yang ditetapkan.

Ekoran dari itu, pengadu telah meminta pihak peguam untuk memulangkan kos guaman yang dibayar. Setelah ditolak caj perkhidmatan, pengadu sepatutnya memperolehi baki sebanyak RM3.2 juta.

Baca Juga   Bayaran awal Fasa 1 STR 2024 disambut gembira  

Namun sehingga kini, peguam tersebut gagal membuat sebarang pembayaran.

Siasatan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan sedang dijalankan

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.