1 min read

[Video] Kereta terbabas: Polis sahkan ada tumpahan diesel atas jalan

This post has already been read 1750 times!

Polis mengesahkan terdapat kesan tumpahan minyak diesel di lorong kanan di Pesiaran Tunku Ampuan Rahimah dari arah Bukit Tinggi menghala ke bulatan Simpang lima di Klang yang menyebabkan beberapa buah kereta terbabas pada 15 Mei 2024.

Kereta terbabas melanggar pembahagi jalan

Ketua polis Daerah Klang Selatan Assisten Komisiner Cha Hong Fong berkata lokasi kemalangan adalah jalan sehala berselekoh dan mempunyai tiga lorong.

Kemalangan membabitkan beberapa kenderaan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Pada 15 Mei tersebarnya satu rakaman yang menunjukkan kereta terbabas serta berpusing ketika melalui jalan berkenaan, menerusi rakaman 30 saat itu dilihat beberapa buah kereta lagi turut terbabas dipercayai akibat permukaan jalan yang licin.

“Sehingga kini hanya sebuah pemilik kenderaan yang terlibat telah hadir membuat laporan di balai polis,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, kemalangan hanya melibatkan kerosakan kenderaan dan tidak melibatkan kemalangan jiwa.

Kes disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59 oleh Sarjan Mohd Nazri Tuan Lah.

“Siasatan juga dijalankan dari sudut jenayah sekiranya terdapat unsur-unsur khianat dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” ujarnya.

Hoong Fong berkata, tumpahan minyak itu telah dibersihkan oleh pihak penyelenggaraan jalan dan kini selamat digunakan oleh pengguna jalan raya.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Jalan Maarof dan Kisah Seorang Nasionalis yang dibunuh kejam