1 min read

Subsidi diesel bersasar akan diperkenalkan bermula di Semenanjung – PM Anwar

This post has already been read 1264 times!

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa kerajaan akan melaksanakan subsidi bersasar untuk bahan api diesel. Menurut beliau, sebagai permulaan, penyasaran tersebut hanya melibatkan pengguna bagi kawasan Semenanjung dan tidak melibatkan Sabah serta Sarawak.

Perutusan Negara 21 Mei 2024 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

“Bezanya, Sabah dan Sarawak hampir setiap keluarga menggunakan diesel untuk kegunaan kenderaan, jadi kita menangguhkan sebarang tindakan kerana membebankan kebanyakan rakyat.

“Di Semenanjung, bagi membendung kenaikan mendadak harga barang, kerajaan bersetuju memberikan subsidi diesel kepada pengguna komersial melibatkan 10 jenis kenderaan pengangkutan awam dan 23 jenis kenderaan pengangkutan barangan di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).

“Ini termasuk pengusaha bas dan teksi. Kerajaan juga akan terus memberi subsidi diesel kepada kategori nelayan tertentu,” katanya.

Anwar turut menjelaskan bahawa melalui usaha penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan secara kasar adalah dijangka sekitar RM4 bilion setahun.

“Kerajaan bersetuju menyediakan bantuan tunai kepada pemilik individu kenderaan diesel yang layak termasuk petani kecil, pesawah dan peniaga kecil. “Bantuan tunai ini pastinya tidak memanfaatkan golongan T20,” katanya lagi.

Walau bagaimanapun, tarikh sebenar perlaksanaan subsidi bersasar untuk bahan api diesel ini masih belum diumumkan.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Awas Penipuan Tebus tunai (cash-out) ebeliarahmah