1 min read

Kanak-kanak lelaki 2 tahun ditemui dalam sangkar berlumuran najis ibu ditangkap

This post has already been read 1820 times!

Polis New York menemui kanak-kanak lelaki yang berusia 2 tahun dalam sangkar di sebuah rumah dalam keadaan berlumuran najis dan mengalami beberapa patah tulang.

Polis Negeri New York menahan ibu kanak-kanak berusia 24 tahun itu dan akan dituduh kesalahan pengabaian serta penderaan keatas kanak-kanak.

Sangkar tempat kanak-kanak dikurung

Polis melaporkan bahawa mereka mengetahui tentang keadaan kanak-kanak itu semasa melawat rumah berkenaan pada 4 Februari 2024 untuk menyampaikan waran tangkap jenayah terhadap wanita berkenaan berhubung satu kes jenayah berasingan.

Semasa berada di rumah, penyiasat menemui kanak-kanak berusia 2 tahun itu di dalam bilik tidur di dalam “kandang besi”.

Katilnya penuh air kencing dan najis. Juga ditemui beberapa tulang ayam. Kanak-kanak itu dibawa ke hospital kanak-kanak untuk rawatan lanjut.

Pemeriksaan Doktor mendapati kanak-kanak berkenaan ditumbuk sehingga patah 16 tulang . Terdapat kesan lebam dimuka dan beberapa bahagian badan.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Kecerdikan Rekaan A.I baik untuk kecemerlangan pelajar