1 min read

Ringkasan Perutusan Negara

This post has already been read 1163 times!

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggariskan dalam perutusan negara seperti berikut:

📌Kerajaan beri jaminan tindakan keras terhadap pelaku insiden serangan, pelampau dan keganasan

📌Insiden serangan: Pasukan keselamatan beri jaminan keadaan akan kembali tenang

📌Ekonomi negara mencatatkan pertumbuhan di luar jangkaan sebanyak 4.2 peratus pada suku pertama 2024

📌Cita-cita Ekonomi MADANI iaitu menaikkan lantai dan siling atau mengangkat darjat hidup rakyat dan menstrukturkan semula ekonomi bagi melonjakkan Malaysia sebagai jaguh di rantau Asia

📌Khazanah Nasional Bhd telah menggerakkan usaha melahirkan usahawan baharu sektor berpertumbuhan tinggi dengan dana RM1 bilion

📌Kerajaan MADANI yang serius mahu menambah pendapatan rakyat

📌Kerajaan tidak akan masuk campur proses kehakiman, beri ruang sepenuhnya kepada PDRM, SPRM banteras rasuah, ketirisan hasil negara

📌Ekosistem perniagaan sedang diperluas dan ditambah baik antaranya bagi kluster elektrik dan elektronik di wilayah utara dan pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura

📌Kerajaan serius gubal Dasar Gaji Progresif melibatkan sektor swasta

📌Kerajaan jimat RM4 billion hasil penyasaran subsidi elektrik 15 peratus golongan maha kaya dan syarikat besar

📌Bantuan subsidi kerajaan Malaysia kepada rakyat antara yang tertinggi di dunia, termasuk kepada golongan kaya dan 3.5 juta warga asing, ini bukan tindakan bijak

📌Setakat Mac 2024, Malaysia berjaya menarik komitmen RM76.1 billion pelaburan asing termasuk dari Australia, Jerman dan Perancis

📌Kerajaan akan menyediakan bantuan tunai kepada pemilik kenderaan diesel individu terpilih kecuali T20

📌Jemaah Menteri bersetuju laksana penyasaran subsidi bahan api diesel melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia

📌 Peruntukan SARA RM700 juta akan diagihkan kepada 700,000 penerima iaitu 5 kali ganda berbanding tahun laluSumber :Bernama & Malaysian Gazette

Penafian
Baca Juga   Tarikh Bayaran Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Feb 2024

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.