1 min read

Peguam palsu menang 26 kes di mahkamah akhirnya ditangkap

This post has already been read 2033 times!

Seorang lelaki Kenya akan menghadapi perbicaraan kerana tiada lesen sebagai pengamal undang-undang. Pihak berkuasa menahannya kerana menjadi peguam tanpa lesen sah.

Brian Mwenda

Uniknya Brian Mwenda memenangi 26 kes undang-undang semasa mewakili anakguam di hadapan Mahkamah Tinggi Kenya.

Masalahnya ialah dia tidak memiliki lesen peguam, lapor Nigerian Tribune.

Encik Mwenda telah ditangkap pada pertengahan Oktober 2023 dan didakwa dengan tuduhan tidak memiliki lesen peguam.

Penahanan itu dibuat selepas pihak berkuasa menerima aduan orang ramai mengenai kerjanya, kata penerbitan itu.

Pihak berkuasa dikatakan akan meneruskan penyiasatan mereka ke atas Mwenda, dan persoalan bagaimana dia dapat memperoleh 26 kemenangan undang-undang yang mengagumkan.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Lembu termahal didunia berharga USD4.3 juta