Info

Penjenayah Mat Komando dan Geng 13 tumpas setelah diburu 255 hari

This post has already been read 3791 times!

Ahmad Mohd Arshad ialah Nama sebenar Mat Komando berusia 37 tahun dan dia dilaporkan terbabit dalam beberapa siri rompakan melibatkan pemborong kelapa Sawit, pengurup wang dan bank Komersil di Malaysia bermula pada tahun 2001.

Organisasi Geng 13

Polis mengambil masa 255 hari menjalankan Ops Api Sawit 2 sebelum berjaya menembak mati penjenayah terbabit di sebuah pondok pada subuh 12 September 2002 di Kampung Hujung Keton Alor Star Kedah.

Menurut rekod PDRM, Mat Komando merupakan ketua Geng kumpulan 13 terbabit dalam 52 kes Samun membabitkan kerugian wang tunai lebih 5.2 juta,dua kes mencuri motosikal dan kes cubaan membunuh.

Kad pengenalan Mat Komando

9 ahli kumpulan berjaya ditangkap manakala 4 lagi mati ditembak termasuk ketua mereka Mat Komando.

Keheningan subuh di Felcra kampung Hujung Jetun, Pendang Kedah pada 12 September 2002, dikejutkan dengan dentuman berdas-das tembakan senjata api.

Ketika itu jam menunjukkan sekitar 5:30 pagi,kebanyakan penghuni kampung baru bangun untuk menunaikan solat subuh,manakala pelajar bersiap untuk ke sekolah.

Penduduk tidak pun menyangka bahawa bunyi tembakan itu adalah daripada satu operasi besar dan penting.

Tersebar khabar angin,kononnya Mat Komando dipercayai berjaya menyusup keluar dari negara.

Serbuan sepasukan 10 anggota polis yang turut disertai unit tindakan khas UTK awal pagi itu mengakhiri pemburuan pasukan keselamatan terhadap Mat komando selama 255 hari.

Ops Api Sawit 2 itu berlangsung kira-kira sebulan selepas isterinya, Faridah Matpiah 34,dan bapa mertuanya Maad Piah Chen 72 tahun membuat rayuan menerusi temubual dengan akhbar harian Metro supaya dia menyerah diri kepada pihak berkuasa.

Beberapa jam selepas operasi itu tamat, Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Norian Mai mengesahkan bahawa lelaki yang berbalas tembak dengan polis waktu itu adalah Mat Komando.

Pengumuman itu sekaligus mengakhiri pemburuan polis ke atas Mat Komando dilancarkan sejak 1 Januari 2002 selepas tiga rakannya terbunuh ketika cuba lari dari sekatan polis di Kuala Nerang sebelum itu.

Operasi pada pagi itu juga menyudahkan satu episod jenayah terancang dengan 9 anggota kumpulan 13 ditangkap manakala 4 termasuk ketuanya mati ketika berbalas tembak dengan Polis.

Pondok tempat Mat Komando bersembunyi

Polis menemui wang tunai RM50, sekotak rokok Marlboro dan sepucuk pistol beserta 22 biji peluru hidup dan kelonsong pada badan Mat Komando pagi itu.

Taktik penyamaran dilakukan oleh Mat Komando ketika dalam persembunyian untuk mengelak dikesan termasuk muncul berjanggut atau jambang serta botak licin (skinhead).

Mat komando juga dilaporkan pernah menzahirkan kepada rakan dan ahli keluarganya bahawa dia lebih rela matidaripada menyerah diri kepada polis walaupun dia tinggal berseorangan.

Sebahagian Anggota Polis berhati setelah tamat operasi

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

bicaraminda

Recent Posts

Kenapa zalimi pemain liga super macam ni

Tujuh bulan gaji tak berbayar, Paulo Josue akhirnya bersuara! Josue berkata ketika ini beliau terpaksa…

10 jam ago

Nostalgia bas mini cepat dan murah

(1975-1998) Sejarah Bas Mini mula beroperasi di pelbagai laluan sekitar Kuala Lumpur serta Lembah Klang…

11 jam ago

[Video] Dua Remaja Korea Utara dihukum kerja berat 12 tahun kerana menonton K-Drama

Rakaman kejadian sekitar 2022 yang menunjukkan dua remaja itu berdiri di atas pentas di sebuah…

12 jam ago

Bulgaria dan Croatia sediakan cuti bersalin sehingga 406 hari

Menurut piawaian ILO (Pertubuhan Buruh Antarabangsa), cuti bersalin adalah hak asasi manusia dan buruh sejagat…

19 jam ago

Separuh kelahiran baru dijangka mengidap autisma penangan makanan siap proses

Dr Stephanie Seneff, seorang penyelidik MIT (Massachusetts Institute of Technology Cambridge USA), meramalkan pada tahun…

1 hari ago

13 April 2029 Asteroid 26.99 billion kg akan berada paling hampir dengan bumi

Asteroid 99942 Apophis ialah objek berhampiran Bumi (NEO) yang dianggarkan sepanjang kira-kira 1,100 kaki (335…

1 hari ago