Insiden di Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 9 pagi, 13 February 2017, seorang lelaki dengan sut kelabu memasuki lapangan terbang Kuala Lumpur untuk syarikat penerbangan tambang murah, KLIA2, memandang ke papan berlepas dan berjalan untuk mendaftar masuk untuk penerbangan ke Macau.

Racun Saraf VX

Beberapa langkah dari kafe Starbucks dan gerai makanan Malaysia Puffy Buffy, Dari rakaman CCTV seorang wanita berdiri di hadapan Kim Jong Nam, seperti untuk mengalih perhatiannya.

Kim Jong Nam

Seorang lagi wanita menghampiri dari belakang, menarik sehelai kain kecil dari beg tangannya. Kain itu dipercayai yang dibasahi cecair VX, racun saraf pernafasan. Dengan kain ditangan wanita berkenaan terus menekap kemuka Kim Jong Nam.

Kim Jong Nam merupakan abang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong Un. Ketika kejadian Kim Jong Nam membawa beg galas yang mengandungi AS$100,000 dan empat pasport Korea Utara. Beliau melakukan perjalanan dengan nama samarannya “Kim Chol”, kata polis.

Selepas serangan itu, dia segera ke kaunter bantuan dan menjelaskan bahawa seseorang telah menyerangnya sambil memberitahu dia berasa pening.

Dia dibawa ke sebuah klinik dalam bangunan KLIA2, dan kemudian dipindahkan ke ambulans untuk dihantar ke hospital. Kim Jong Nam meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Pembunuhan itu menarik perhatian global, dengan pegawai Korea Selatan dan Barat menuduh Korea Utara sebagai dalang serangan berkenaan.

Pyongyang bagaimanapun menafikan penglibatan dalam insiden berkenaan. Insiden pembunuhan itu dirakam dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) KLIA, namun banyak butiran masih menjadi misteri.

Doan Thi Huong diiringi polis

Tangkapan keatas kedua-dua wanita yang dirakam oleh CCTV dikenali sebagai Doan Thi Huong,30 warga Vietnam dan Siti Aisyah, 26 seorang warga Indonesia.

Siti Aisyah, 26 dibebaskan oleh Mahkamah

Kedua- dua telah ditangkap dan dihadap ke mahkamah. Doan Thi Huong, dijatuhi hukuman tiga tahun dan empat bulan penjara oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 1 April 2019 selepas dia mengaku bersalah diatas pertuduhan pilihan menyebabkan kecederaan dengan cara berbahaya. Manakala Siti Aisyah pula dibebaskan setelah peguam negara membatalkan pertuduhan.

Terdapat suspek 4 lelaki Warga Korea Utara yang terbabit dalam insiden berkenaan telah berjaya meloloskan diri melalui penerbangan luar negara.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

advanced-floating-content-close-btnForum link.
advanced-floating-content-close-btn
advanced-floating-content-close-btnKlik Lazada