1 min read

Rangka disahkan milik Muhammad Shafiq Salihin

This post has already been read 4671 times!

Media bertarikh 20 Mei 2024 melaporkan Polis telah mengesahkan satu rangka manusia ditemui di ladang kelapa Sawit dekat Felda Sungai Kelamah Gemas pada 9 April 2024 adalah milik Muhammad Shafiq Salihin dilaporkan hilang pada Mac lalu.

Motosikal yang ditemui berhampiran rangka

Ketua polis Daerah Tampin Superintenden Amiruddin Sariman berkata,ia hasil laporan ujian asid deoksiribonukleik DNA dijalankan ke atas rangka ditemui.

Menurutnya, polis menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan rangka manusia bersama sebuah motosikal dekat sebuah ladang kelapa Sawit Felda Sungai Kelemah jam 2:50 petang 9 April lalu, katanya.

Dalam kenyataan pada 20 mei itu, turut ditemui berhampiran rangka ialah tali pinggang dan topi keledar, rangka dihantar ke bilik mayat jabatan forensik hospital Tampin untuk bedah siasat.

Keputusan ujian DNA, mengesahkan rangka itu adalah milik Muhammad Shafiq Salihin dilaporkan hilang pada 25 Mac 2024.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Saya berjaya dengan bantuan duit rakyat ilmu saya miliki adalah percuma untuk rakyat Malaysia -Dr Aid Fawzal