Categories: Info

[ Video] Bagaimana Scammer memasang perangkap keatas bakal mangsa

This post has already been read 2371 times!

Petunjuk awal kemungkinan scammer nombor tiada dalam buku telefon anda

“Salam Sejahtera, ini adalah panggilan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri. Anda mempunyai cukai tertunggak sebanyak RM 10,000. Sila tekan 1 untuk bercakap dengan pegawai kami.”

Rakaman perbualan dengan scammer

Dialog tersebut mungkin tidak pernah didengar oleh kebanyakan kita, namun tidak sedikit juga yang menerima panggilan sebegitu. Perasaan risau dan takut mula menyelubungi minda tatkala menerima panggilan sedemikian.

Perasaan takut mendorong penerima panggilan terus melakukan transaksi kewangan bagi menyelesaikan denda atau tunggakan yang diberitahu. Namun, setelah selesai perbualan tersebut, barulah penerima panggilan menyedari bahawa diri telah menjadi mangsa penipuan!

Menyesal tidak berpenghujung, wang yang disimpan untuk pelbagai tujuan sudah lebur dirakus oleh penjenayah atas talian atau dikenali sebagai scammer.

Dialog di atas adalah sebahagian daripada taktik scammer bagi menjerat mangsa. Jenayah penipuan atas talian atau lebih dikenali sebagai scam merupakan satu jenayah yang sangat membimbangkan.

Meskipun jenayah ini tidak melibatkan penggunaan kekerasan, namun mangsa jenayah ini menerima pelbagai kesan berpanjangan seperti trauma, masalah kewangan dan emosi yang tidak stabil.

Bayangkan, terdapat mangsa warga emas yang kehilangan wang simpanan yang dikumpul sejak muda kerana diperdaya oleh sindiket scam ini. Semua orang berpotensi menjadi mangsa jenayah ini, tidak kira status sosial, umur dan pendidikan.

Jenayah scam mempunyai 1001 modus operandi. Antaranya adalah penipuan tawaran pekerjaan, penyamaran sebagai pegawai penguatkuasa undang-undang, love scam, penipuan penghantaran barangan dan pelbagai lagi.

Sebagai rekod, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan sebanyak 71,833 kes jenayah komersial sepanjang tahun 2020 sehingga Mei 2022 dan daripada jumlah tersebut, 48,850 kes adalah kes jenayah penipuan atas talian atau scam!

Bayangkan berapa ramai rakyat Malaysia telah menjadi mangsa scam ini dan angka ini dijangka akan meningkat. Elak Diri Daripada Menjadi Mangsa Setiap daripada kita tidak akan terlepas menjadi mangsa scam, namun kita boleh mengurangkan risiko menjadi mangsa jenayah ini.

Scammer lazimnya mempunyai maklumat peribadi mangsa seperti nombor telefon, alamat dan nama penuh. Bagaimanakah mereka memperoleh maklumat ini?

Kebanyakan pengguna internet dan media sosial pada hari ini begitu mudah berkongsi maklumat pribadi masing-masing. Meskipun tidak secara menyeluruh, tetapi sedikit maklumat sahaja membolehkan scammer memanipulasi mangsa dengan maklumat yang diperoleh.

Sebagai contoh, perkongsian pekerjaan seseorang di laman sosial seperti Facebook membolehkan scammer untuk merancang modus operandi mereka bagi memperdayakan mangsa melalui taktik penipuan penyamaran sebagai pegawai penguatkuasa undang-undang.

Tidak berkongsi langsung kegiatan seharian atau maklumat diri sendiri di media sosial adalah sesuatu yang agak mustahil untuk dilakukan pada hari ini namun sebagai pengguna yang bijak, kita perlu melakukan pemantauan kendiri seperti meminimakan perkongsian maklumat, dengan cara tidak meletakkan secara terperinci tentang diri kita.

Semua urusan penguatkuasa menggunakan surat rasmi

Selain itu, masyarakat juga perlu peka apabila menerima panggilan atau mesej daripada nombor yang tidak dikenali. Lazimnya, scammer akan menggunakan nombor telefon bimbit bagi menghubungi mangsa dan memperkenalkan diri sebagai pegawai penguatkuasa.

Jika menerima panggilan seperti ini, tidak perlu dilayan sama langsung, terus saja matikan panggilan tersebut. Hal ini kerana, setiap urusan rasmi oleh agensi penguatkuasa undang-undang kepada masyarakat akan menggunakan surat rasmi.

Jika anda hampir menjadi mangsa atau menjadi mangsa jenayah ini, segera laporkan kepada pihak berkuasa atau anda boleh menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan di talian 997 bagi mendapatkan bantuan dengan segera.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

bicaraminda

Recent Posts

Timba ilmu walaupun Usia 105 tahun lulus Sarjana Stanford

17 Jun 2024 merupakan hari bersejarah , pada usia 105 tahun khasnya buat Virginia "Ginger"…

3 jam ago

Adakah anda kerap mengalami sakit kepala migrain

Panduan berikut dari Dr Berry berpengalaman sebagai doktor keluarga selama 20 tahun telah merawat 25,000…

4 jam ago

Shampoo dan kondisioner menyebabkan rambut cepat rosak

Rambut hitam berkilat idaman setiap mahu pun wanita. Rambut semakin nipis, mudah gugur dan bertukar…

10 jam ago

Los Angeles bakal mengharamkan penggunaan telefon pintar di sekolah

Warga Los Angeles metropolitan mula berasa akibat buruk dari penggunaan telefon pintar tertutamanya murud sekolah…

11 jam ago

Terbongkar suami menyamar’doktor’ 5 tahun rupanya menganggur, penipu tidak berduit

Seorang isteri di China yang telah berkahwin selama lima tahun dengan seorang lelaki yang dia…

1 hari ago

Polis Maldives menahan dua menteri didakwa melakukan sihir ke atas Presiden

Presiden Muizzu Polis Maldives menahan dua menteri yang sedang berkhidmat kerana didakwa melakukan sihir ke…

1 hari ago