1 min read

Sudah Tiba masanya menghentikan kasta elaun latihan industri

This post has already been read 785 times!

Elaun minimum RM800 buat pelatih industri di pejabat kerajaan, GLC sewajarnya tidak mencukupi dengan keadaan semasa.

Untuk keadaan ekonomi serba mencabar sekarang, elaun Pelajar yang menjalani latihan industri di pejabat kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) elaun perantisan minimum sebanyak RM800 sebulan wajar disemak semula

.Kos logistik seperti tempat tinggal, pengangkutan dan makan minum meningkat agak mendadak. Agak sukar bagi para pelatih ini untuk menampung kos harian dengan elaun antara RM800-RM1000 sebulan.

Bandingkan pekerja sektor 3D dan GiG tanpa sijil meraih pendapatan antara RM2,000 hingga RM,3,000 sebulan.

Sewajarnya elaun latihan industri diselaraskan setara dengan gaji minima RM1500.00.

Kita perlu ubah pemikiran mengkasta ekonomi rakyat kearah liberalisasi kadar upah yang adil dengan situasi semasa.

Pelarasan elaun latihan industri memberi galakan baru kepada tenaga muda negara terutama lepasan sekolah melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Baucer Buku RM100 esok 31 Mei 2024