1 min read

Gara-gara ingin menggandakan wang Penjual Sayur Cameron Highlands diperdaya Scammer hampir RM1 juta

This post has already been read 1254 times!

Harian Metro melaporkan pada 10 April 2024 Seorang peniaga sayur berusia 69 tahun di Cameron Highlands kerugian berjumlah RM958,088 selepas terpedaya dengan tawaran wang besar dalam talian.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata , peniaga terbabit menerima panggilan daripada seseorang yang memperkenalkan diri sebagai pegawai sebuah bank di Dubai pada 30 Mac 2023. Katanya, ‘pegawai bank’ itu memberi tawaran kepada peniaga sayur berkenaan supaya mengaku sebagai saudara kepada seorang individu telah meninggal dunia. Sejumlah wang sebanyak AS$26,700,000 (kira-kira RM127 juta) akan dimasukkan ke akaun penjual sayur itu.

“Mangsa dijanjikan sebanyak 50 peratus bahagian daripada tuntutan terbabit sekiranya bersetuju dengan tawaran itu.

Seorang mengaku ‘peguam’ kemudian menghubungi peniaga sayur itu untuk urusan dan bayaran dan pemindahan wang. Peniaga sayur berkenaan diminta menyediakan sejumlah bayaran untuk proses bayaran cukai cukai tertentu sebelum wang yang dijanjikan dapat dimasukkan keakaunnya.

Jumlah wang jutaan ringgit menyebabkan mangsa rambang mata terus membuat sebanyak 70 kali transaksi pemindahan wang. ke 26 akaun bank yang berbeza bermula 9 Mei 2023 hingga 11 Mac 2024.

Malangnya selepas mendepositkan RM958,088, beliau tetapi tidak mendapat sebarang bayaran seperti dijanjikan,” katanya. Yahaya berkata, siasatan mendapati sumber kewangan mangsa adalah daripada simpanan sendiri.

Sehubungan itu, orang ramai yang menerima panggilan yang meragukan untuk segera membuat semakan dengan polis atau agensi kerajaan berkenaan bagi mengelakkan diperdaya oleh scammer.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Suri Rumah Rugi RM15,850 akibat penipuan peluang pekerjaan